Wednesday, June 30, 2010

Perusahaan Batik Dan Tembaga WANISMA - Kg Ladang



Sebenarnya saya berasal dari Kampung Ladang. Kampung Ladang ini merupakan kampung  yang begitu kaya dengan perusahaan tradisi. Terdapat beberapa tempat penghasilan bahan kraftangan warisan. Umpamanya, Perkampungan Keris, Pembuatan Sarung Keris, Perusahaan Tembaga dan batik Wanisma, Pembuatan Tradisi Bidai Kayu, Pembuatan Tekap Chop Batik serta banyak lagi. Yang uniknya ialah Kampung Ladang ini terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.
















Hari ini, saya cuma nak mengutarakan Perusahaan Tembaga dan Batik WANISMA Kampung Ladang. Anda boleh melihat sendiri bagaimana kraftangan tembaga dan batik dihasilkan. Ini kerana Pusat Jualannya hanya bersebelahaan dengan tempat pembuatan kraftangan tembaga dan batik. Jom kita baca artikel yang saya ambil dari Utusan Malaysia Online mengenai WANISMA...



Wan Mahadi 'tembaga' penerus warisan

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD


KUALA TERENGGANU 14 April - Sanggupkah anda berpanas bara api sehingga mencapai 1,300 darjah celcius. Sama ada sanggup atau tidak, inilah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Wan Mahadi Wan Ismail (gambar), 45, sejak membabitkan diri dalam industri pembuatan tembaga di Kampung Ladang di sini, hampir 20 tahun lalu.

Beliau terpaksa melakukan pekerjaan ini demi mencari nafkah selain mengekalkan produk warisan tembaga yang kian pupus. Setiap hari, Wan Mahadi terpaksa bermain dengan bara api dengan menuang tembaga cair dalam panas bara api sebelum dituang dalam acuan yang diperbuat daripada campuran tanah liat dan pasir.

Kerja-kerja menuang tembaga ini menjadi satu syarat utama dalam proses pembuatan tembaga yang diusahakan secara tradisi di kampung tersebut sejak 500 tahun lampau. Campuran tanah liat dan pasir itu dibentuk dengan penuh kemahiran bagi menyalut acuan lilin. Selepas siap dibentuk, acuan tanah liat melalui lubang yang disediakan meninggalkan ruang-ruang kosong di dalamnya.

Tembaga cair yang panas kemudiannya, dituang ke dalam acuan tanah liat bagi mengambil tempat lilin. Apabila sejuk, acuan tanah liat itu dipecahkan dan barangan tembaga yang masih kasar dicanai, dilarik dan digilap dengan mesin sebelum dijual. Demikian kehidupan yang dilalui oleh pengusaha tembaga, Wan Mahadi yang kini mengusahakan tembaga di Kampung Ladang, sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tengah bandar raya Kuala Terengganu.



Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebilangan penduduk di Kampung Ladang dan beberapa buah kampung berhampiran amat tekun menghasilkan pelbagai produk tembaga sama ada yang digunakan dalam pelbagai adat mahupun kehidupan seharian. Wan Mahadi adalah pemilik syarikat Wanisma Craft & Trading dan merupakan seorang daripada 18 pengusaha pembuatan tembaga secara tradisional di Kampung Ladang.

Ia juga menjadi keunikan penduduk Kampung Ladang yang masih mengekalkan industri tembaga di bengkel halaman rumah sehingga menjadikan satu pemandangan biasa bagi sesiapa berkunjung ke Kampung Ladang yang kini dihimpit pembangunan.

Wan Mahadi mewarisi pembuatan tembaga daripada ayahnya, Wan Ismail Wan Idris yang juga pengusaha tembaga terkenal. Darah seni yang mengalir dalam jiwa Wan Ismail mengalir bukan sahaja daripada ayahnya malah ibunya, Nik Rakna Nik Embong yang merupakan pengusaha batik yang tersohor di Terengganu pada tahun 60-an.

Menurut Wan Mahadi, sehingga sekarang terdapat sekurang-kurangnya 17 pengusaha mengusahakan tembaga. Sembilan daripada pengusaha itu terdapat di Kampung Ladang Tok Pelam, tiga di Kampung Ladang Paya dan lima lagi di Ladang Sehat.

Katanya, menurut cerita dari mulut ke mulut sejarah perusahaan tembaga di Kampung Ladang dikatakan bermula hampir 500 tahun lampau.

''Ia merupakan satu pekerjaan utama penduduk di sini, yang mewarisi pekerjaan tradisi itu daripada datuk nenek moyang sejak zaman berzaman," katanya ketika ditemui di bengkel pembuatan tembaga Kampung Ladang di sini, baru-baru ini.

Persoalannya di sini, kenapa Kampung Ladang menjadi tumpuan pengusaha tembaga walhal kawasan lain tidak sedemikian?

Menurut Wan Mahadi lagi, sebahagian besar daripada mereka datang dari daerah lain termasuk Pattani dan Yunan memulakan industri tembaga di sini, kerana Kampung Ladang terletak berhampiran muka kuala Sungai Terengganu yang menjadi pelabuhan utama pada zaman silam.

Katanya, dengan kedudukan di muara sungai memudahkan mereka mendapatkan bahan mentah seperti tembaga dan menjual kepada pedagang asing. Selain itu, menurut cerita lisan ayahnya yang juga pengusaha tembaga pada asalnya tukang logam termasuk tembaga dan perak, beroperasi di istana.

Katanya, kebetulan pula Kampung Ladang terletak berhampiran Istana Maziah, justeru memudahkan mereka berkhidmat dengan membuat peralatan yang diperlukan oleh istana dan telah mengehadkan segala perkembangannya ke daerah-daerah luar. ''Pengetahuan dan kemahiran dimiliki hanya dicurahkan kepada orang-orang tertentu sahaja, khasnya kaum keluarga agar kemahiran terus diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain dan terus hidup hingga sekarang.

''Perusahaan ini diusahakan di bawah rumah dan di sekitarnya. Ia adalah warisan daripada satu generasi ke generasi yang lain iaitu dari datuk, ayah dan anak," katanya lagi. Wan Mahadi menambah pada zaman pemerintahan Kesultanan Terengganu (Sultan Zainal Abidin) kerajaan negeri Terengganu ada menjalin hubungan kerjasama dengan kerajaan Siam dan ufti adalah cenderahati.

Pada sekitar tahun 1980-an, terdapat kira-kira 150 pengusaha yang membabitkan diri dalam industri ini, dengan kira-kira 95 peratus daripada mereka mengusahakan secara sepenuh masa.


Petikan Utusan Malaysia Online : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_05.htm



- Masa Lawatan dan Jualan : 8.30 - 5.00 petang
- Tempat Menarik Berdekatan : Taman Shahbandar, Pantai Batu Burok
- Hotel : Sumai, Primula Park Royal, Ming Hotel
- Makan minum : Kedai makanan : Deretan Kedai berdekatan

Maklumat Lanjut :

Perusahaan Batik Dan Tembaga
Telefon dan Fax : 09 6223311


Bukit Besi (dahulu) : Tempat Penuh Sejarah



Stesen Keretapi Bukit Besi.

Bukit Besi sememangnya mempunyai banyak kenangan kepada kami sekeluarga. Kami pernah tinggal disana bermula 1995 sehingga 2001. Bagi saya Bukit Besi merupakan satu tempat sejarah yang masih boleh dilihat walaupun bandar Bukit Besi telah mengalami perubahaan pembangunan. Jika dilihat gambar-gambar lama kelihatan begitu 'GAH'nya bandar Bukit Besi pada masa itu.  (Gambar lama Bukit Besi : Kredit kepada En Amri Bin Abd Rani atas kebenaraannya). Pernah diceritakan oleh orang kampung disana bahawa pendapatan perkerja lombong bijih besi amatlah tinggi pada masa British. Perkerja tempatan lombong bijih besi berupaya membeli set Peti Sejuk yang diimport dari luar negeri walaupun Bukit Besi tidak mempunyai kemudahaan elektrik yang meluas.



Berek Meneng. (Berek mining) ??



Tiang Opal Di Teluk Lipat Dungun (Sekarang dah tak ada)


Jika anda berminat untuk bermalam di Bukit Besi sila dapatkan maklumat dari sini



Bukit Keledang - Kawasan Permakamam Diraja terawal




Bukit Keledang terletak berhadapan Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Bukit ini mempunyai ketinggian 50 meter. Jika anda kesini anda akan mendapati terdapat beberapa kubur lama yang telah dikenalpasti sebagai kawasan permakaman Diraja serta pembesar negeri Terengganu.

Apa yang menarik adalah terdapat ciri-ciri batu nisan Aceh serta kandang kubur yang dibina dengan begitu menarik. 







Tuesday, June 29, 2010

Review Pantai : Pantai Kelulut



Pantai Kelulut terletak 17 km dari Kuala Terengganu. Ianya juga terletak diantara Marang dan Rantau Abang. Anda boleh menikmati keindahan pantai yang memanjang sayup mata memanjang. Kami sendiri selalu berkelah disini. Pantai yang sungguh indah dan angin yang sentiasa bertiup sangat sesuai untuk berehat. Kebiasaanya anak-anak kami tidak akan melepaskan peluang untuk bermain wau.

Di Pantai Kelulut ini terdapat banyak kemudahan yang boleh anda gunakan. Terdapat tandas awam dan pondok rehat bagi memenuhi keperluaan pelawat. Kebiasanya kami sekeluarga akan membeli keropok goreng untuk dinikmati bersama semasa berehat di pantai tersebut.

Pantai ini juga sentiasa menjadi tapak Pekan Budaya yang diadakan secara tahunan.



Bermain Wau.. aktiviti tetap anak kami disini


Keindahan Pantai Yang Tenang dan Damai


Pentas Terbuka yang sentiasa digunakan bagi persembahan kebudayaan.


Kebersihan dan Keindahan yang menjadi tarikan pelawat.

Pulau Kapas yang boleh dilihat dari pantai Kelulut.









Tempat Menarik Berdekatan

- Pulau Kapas
- Jeti Marang
- Lagun Marang


Tempat Penginapan

1.Seri Malaysia Marang
2.Anggulia Beach House
3.Buai Beach Resort
4.Island View Resort
5.Marang River View Resort
6.Rumah Rehat Semarak



Restoran

1.Restoran (Marang Resort)
2.Restoran Suriati Hamzah
3.Restoran Yusof Othman
4.Deretan Taman Selera Kelulut


Pertanyaan :

MAJLIS DAERAH MARANG

21600 Marang, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-6182366 / 09-6182368
No Faks: 09-6182490
E-Mel : mdmarang@terengganu.gov.my







Saturday, June 26, 2010

Makanan Terengganu : Nasi Dagang



Nasi Dagang merupakan makanan warisan Terengganu. Mana-mana tempat di Terengganu ada menjual nasi dagang. Nasi dagang diperbuat dari campuran beras pulut dan beras biasa. Ianya dipadankan dengan kuah gulai ikan tongkol atau di Terengganu ianya dipanggil 'ikan aya'. Pada zaman saya masih kanak-kanak ada satu tempat menjual nasi dagang yang sangat terkenal di Terengganu iaitu ' nasi dayang mok choh'.




Kedai Nasi Dagang yang terkenal di Kuala Terengganu

  • Nasi Dagang Kak Yah di Bukit Besar (Sebelah Traffic light Simpang Bukit Besar)

  • Nasi Dagang ' Koyah' Kg Ladang (Masuk melaui SK Ladang, Dekat Surau Hj Awang)

  • Nasi Dagang Chendering. (Deretan Tepi Jalan)

Resepi Nasi Dagang 

Bahan:
* 4 cawan beras yg elok ( guna beras wangi) + 1 cawan beras pulut
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-hiris kecil2
* 6 ulas bawang merah-hiris kecil2
* 1 inci halia - hiris kecil2
* 1 sudu makan halba
* garam

Cara-cara :

1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan campur 1/3 cwn air. Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/3 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit atau sehingga keluar asap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.


Gulai Ikan Tongkol (Lauk Nasi Dagang Trengganu)
Sumber ; Sajian Di Perantauan

Bahan
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 2 ekor ikan tongkol saiz kecil
4 kpg asam keping
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,minyak
2 sudu kerisik
*saya tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikanpun boleh

bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit

Cara memasak:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.






Review Pantai : Pantai Marang... Indahnya



Hari ini, kami bermalam di Angullia Resort. Cuba menginap dekat Chalet VIP yang paling hampir dengan pantai. Pada awal pagi, saya dan isteri saya tidak melepaskan peluang melihat keindahan matahari naik melalui pulau Kapas yang bertentangan dengan kedudukan kami.

Sungguh indah ciptaan Allah. Sebagaimana biasa kami terus mencapai kamera berjema Lumix dan Cybershot. Kebetulan dipantai terdapat rombongan murid sekolah sedang mengikuti riadah pagi. Rasa tidak lengkap jika kami tidak mandi di pantai. Sambil mandi saya mengajar anak saya cara 'menahan ketam'- cakap orang Terengganu atau dengan maksud yang lain .. mengumpan ketam.


Permandangan matahari naik melalui Pulau Kapas

Murid Sekolah SK Tok Dir - Beraktiviti pagi

Indahnya .. Keindahan Pantai Marang

Mandi sambil 'tahan ketam'







- Tarikan Berdekatan - Pantai Kelulut, Jeti Marang, Lagun Marang
- Penginapan - Angulia Resort
- Makan-minum - Deretan Kedai Pantai Kelulut






Tuesday, June 22, 2010

Review Pantai : Pantai Penarik, Setiu



Pantai Penarik, Setiu merupakan salah satu pantai yang indah di Terengganu. Jika anda dari Kuala Terengganu dan ingin ke Besut melalui 'jalan pantai' (bukan melalui jalan utama melalui bandar Permaisuri), anda akan melalui pantai Penarik. Jarak antara bandar Kuala Terengganu adalah 60km dan 80km jika dari Kota Baru, Kelantan.

Rata-rata penduduk disini adalah nelayan. Boleh di katakan Penarik ini adalah perkampungan nelayan.Keadaan pantainya yang sayup memanjang serta dilengkapkan dengan bot nelayan dan pokok kelapa dan rhu yang begitu indah.

Anda boleh berkelah dipantai. Di sini juga ada buah kedai yang menjual makanan seperti keropok, ikan celup tepung, sotong, udang dan ketam.Kedatangan anda agak tidak lengkap jika anda tidak memesan air buah kelapa muda. Jika anda memerlukan penginapan, anda boleh tinggal di Penarik Inn yang menawarkan harga bilik - RM55 semalam.




- Kemudahan : Masjid Penarik, Wakaf, Balai Polis
- Tempat Makan : Deretan Restoren berdekatan dengan masjid Penarik
- Terdapat banyak penginapan : chalet, Inn 






Masjid Ladang...



Masjid Al-Muktafi Billah Shah merupakan masjid yang terletak diberhampiran Bulatan Batu Bersurat. (dahulunya bulatan penyu). Ianya adalah Masjid Diraja yang telah dibina bermula 1981 dan siap pada 1984. Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail pada September 1984. Pada sebelah masjid terdapat Makam DiRaja - Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail.

Masjid ini adalah merupakan salah satu masjid utama di Kuala Terengganu selepas Masjid Putih atau Masjid Zainal Abidin. Jika anda berkelah atau berehat di Pantai Batu Burok, Masjid ini adalah masjid yang terdekat. Selain dari sembahyang jemaah, masjid ini juga digunakan sebagai tempat kursus haji. 


 

- Terdapat kemudahan Perpustakaan
- Hotel Terdekat : Sumai, Primula Park Royal Hotel
- Tarikan Terdekat : Pantai Batu Burok, Pusat Kraftangan Terengganu, Bulatan Batu Bersurat
- Makan-Minum : Kedai Kopi Ladang,






Penambang! Oh Penambang! ...



NOSTAGIA ZAMAN SAYA MASIH KECIL DULU.... Hari ini saya bawa semua anak-anak saya untuk merasai sendiri naik bot Penambang. Ke Seberang Takir untuk bersarapan di kedai kopi lama (kopitiam)

Penambang merupakan kaedah pengangkutan air di Kuala Terengganu khusunya kepada masyarakat Duyong dan Seberang Takir. Ianya adalah perkhidmatan pengangkutan yang diwarisi keluarga. Kebanyakan bot-bot penambang yang ada adalah bot penambang yang berusia 20 tahun. Ianya masih beroperasi menggunakan kekuatan enjin disel.

Saya masih ingat lagi dahulunya tambang hanya 20sen sahaja. Penggunaan Penambang sebagai pengankutan utama peniaga Pasar Payang terutamanya peniaga dari Duyong dan Seberang Takir yang banyak membawa barangan. Dahulunya kelihatan berderet-deret penambang yang sentiasa penuh dengan pelanggan. Dari segi keselamatan, rasanya tidak pernah berlaku kecelakaan/ kemalangan. Pada masa sekarang, ianya telah dilengkapkan dengan jaket-jaket keselamatan. Walaupun saya orang Kuala Terengganu, kadang kala saya menaiki penambang hanya untuk minum air kopi (kopitiam) yang ada diseberang takir.

Jika anda berkesempatan ke Kuala Terengganu, cubalah ke Seberang Takir dengan menaiki penambang. Pengalaman ini mungkin tidak dapat anda dapati di tempat yang lain. 



Anak saya yang kecil ni mula-mulanya agak takut-takut. 
Tapi bila bot mula bergerak, dia excited pulak


Keadaan dalam boat penambang



Enjoy nampak!  Nak naik lagi lepas ni... kata anak saya



 


Review Pantai : Pantai Mangkuk Setiu yang belum terusik



Kali ini kita akan lihat tentang Pantai Mangkuk. Pantai Mangkuk terletak di Daerah Setiu. Untuk ke Pantai Mangkuk Setiu, anda akan menempuh terlebih dahulu pantai Penarik. Ini bermakna anda perlu memandu terus sepanjang panati Penarik untuk sampai ke Pantai Mangkuk.

Keadaan Pantai Mangkuk sangat berlainan dari Pantai Penarik. Ianya kelihatan seperti pantai yang belum terusik oleh arus pembangunan kecuali ada beberapa resort dan chalet baru dibina. Anda boleh berkelah di pantai yang berpasir putih dan memanjang sayup mata memandang.

Dari pemantauan saya tiada kemudahan yang disediakan kepada pelawat atau pelancong yang berkelahan disini tetapi anda tidak mungkin dapat ketenangan dan keindahan permandangan sebagaimana yang ada di Pantai Mangkuk.


 


Pasar Besar Payang : Ada semua hok tuan nok...



Pasar Besar Payang atau Pasar Besar Kuala Terengganu adalah merupakan tarikan utama pelancong asing jika ke Kuala Terengganu. Ianya seumpama syurga bagi membeli belah barangan tradisonal dan warisan Terengganu. Pasar kedai payang menawarkan pelbagai barangan seperti kain batik, kain sutera, barangan tembaga, barangan kraftangan, cenderamata, serta pelbagai jenis makanan.

Pasar Kedai Payang di buka bermula 7.00 pagi bagi Pasar Basah(ikan dan sayur-sayuran) dan pukul 8.30 pagi bagi kedai yang menjual barangan tekstil, cenderamata dan kraftangan. Sekiranya anda menghadapi masalah mencari tempat letak kereta, anda boleh meletakkan kenderaan anda di bahagian atas bangunan Pasar Payang.


Barangan Tekstil - Kain Batik, Kain Sutera dan lain-lain.


Barangan Kraftangan dan Cenderamata


Keropok dan makanan berasaskan makanan laut.


Makanan Ringan Tradisional


Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 



Sumber Peta : Tourism Terengganu

Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha