Monday, October 20, 2014

KUALA NERUS : Sebuah Daerah Baru Bakal Diwujudkan Di Terengganu







KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Terengganu melalui satu lagi detik bersejarah dengan pengumuman Kuala Nerus sebagai satu daerah baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memenuhi harapan negeri dan rakyat sekian lama.
Menurut Najib, kerajaan berpendapat memang sudah sampai masanya mukim itu menjadi daerah kelapan bagi negeri ini sejajar dengan kepesatan pembangunan setempat, keluasan kawasan dan kepadatan penduduk.

Beliau membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu semasa berucap menyempurnakan majlis Pecah Tanah Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.
Katanya, pengumuman itu tentunya menjadikan hari ini istimewa dan bersejarah bagi rakyat negeri itu, khususnya di Kuala Nerus kerana bakal turut mendapat manfaat yang cukup besar daripada pelbagai kemudahan yang disediakan.

"Saya ingin umumkan bahawa kerajaan telah menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah baharu, yang kelapan bagi negeri ini. Ini pengumuman bersejarah. Penduduk Kuala Nerus bukan sahaja mendapat hospital tetapi juga daerah baharu.

"Ini hari yang istimewa kepada penduduk. Terima Kasih kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dengan wajah Terengganu baharunya, dengan perancangan yang membawa pembangunan dan kemajuan bagi negeri,'' ujarnya.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas pengumuman Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang besar maknanya bagi rakyat.
Ahmad Razif dalam satu kenyataan berkata, pengumuman daerah kelapan itu amat dinantikan oleh lebih daripada 200,000 penduduk di Kuala Nerus.

"Pembangunan pesat di Kuala Nerus membuktikan bahawa kawasan itu dan penduduknya layak berada dalam sebuah daerah baharu," katanya. Cadangan untuk menjadikan mukim Kuala Nerus sebagai daerah yang baharu kedengaran sejak sedekad lalu dan beberapa tahun kebelakangan ini usaha ke arah pelaksanaannya digerakkan secara terancang.



Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha