Saturday, June 12, 2010

Keindahan Lagun Marang, Tumpuan Jurukamera





Indah, Tenang dan Damai ... itulah ungkapan sesuai bagi mengambarkan keadaan tempat ini. Lokasi ini sentiasa menjadi pilihan jurugambar untuk mendapatkan photo pemandangan perkampungan nelayan.  Jelas masih terpelihara keadaannya sebagaiman 5 tahun dahulu. Di lagun ini anda boleh berkelah dan menikmati permandangan disungai yang jelas kelihatan pelbagai jenis kawan ikan berenang ditepian sungai. Selain dari itu terdapat bot-bot lama yang ditinggalkan mewujudkan suasana seperti era 70 - 80an.

Selain dari itu anda juga boleh melihat aktiviti nelayan seperti aktiviti membaiki bot, membaiki pukat dan membuat bubu tangkapan hasilan laut seperti ketam dan udang.

 








- Tarikan Berdekatan : Jeti Marang, Pasar Marang, Pantai Kelulut
- Kemudahan : Restoren, Bistro, Pondok Rehat,
- Penginapan : Hotel Seri Malaysia











No comments:

Post a Comment