Wednesday, May 26, 2010

Kuih : Akok




Akok merupakan kuih tradisonal Negeri Terengganu. Rasanya manis dan melekit sedikit. Amat jarang sekali kuih ini dimasak dirumah, biasanya beli kat kedai atau pasar. Kebiasaan akok ini digunakan sebagai hantaran perkahwinan atau sebagai makanan selepas majlis tahlil.

Jika anda hendak mencuba resepinya, boleh mencubanya (Kredit kepada Blog AbuJibril- http://abujibril-abumikail.blogspot.com/feeds/posts/default)


Bahan-bahan (dalam sukatan gelas @ cawan)

  • 1 cawan santan cair.(perah sendiri baru grend)
  • 1/2 cawan tepung beras.(bukan tepung pulut tau!!)
  • 1 cawan gula.(lagi kurang lagi bagus)
  • 1 cawan telur ayam.(tak kisah ape greadnyer)
  • Sedikit garam.(kalau 1 cawan gak alamat masin laa akok tu nanti)
  • Sebotol minyak.(jgn risau pakainyer sikitjer...lebih leh buat goreng ikan)

Sila bancuh semua bahan dan prose membakarnya memerlukan acuan yang diperbuat dari tembaga. Ianya harus dibakar pada kedua bahagian (bawah dan atas) secara serentak.



No comments:

Post a Comment