Saturday, June 12, 2010

Pulau Kambing - Kawasan Rekreasi Dalam Bandar


Agak lama dah saya tak memenuhi hobi saya iaitu .. ambik gambor. Kat mana nak habiskan petang ni.. 'Pulau Kambing'. Kebanyakan orang luar (bukan orang Terengganu) akan ingat Pulau Kambing adalah sebuah Pulau. Kat Terengganu ni banyak tempat yang namanya pulau tetapi bukan pulau. Teringat satu cerita (tak tahu betul atau rekaan) tentang seorang guru yang baru mendapat surat posting. Pulau Rusa. Tanpa usul periksa guru ini terus menggunakan 'kabelnya' untuk bertukar di tempat lain. Dapatlah Bandar Al Muktafibillah Shah. Terus terima...
Pulau Kambing ni merupakan tempat rekreasi yang sangat kondusif. Ada trek larian yang mengelilingi taman permainan kanak-kanak, bersebelahan pula dengan tepi sungai tempat berlangsungnya Monsun Cup. Tempat ini juga menjadi tumpuan para pemancing. Indahnya Terengganu... 







HOTEL                    : Hotel Seri Malaysia, Hotel Felda Resident

MAKAN-MINUM  : Zie's Corner, Chef Lan, Pak Awi

SHOPPING             : The Store






 

No comments:

Post a Comment