Tuesday, June 22, 2010

Review Pantai : Pantai Penarik, Setiu


Pantai Penarik, Setiu merupakan salah satu pantai yang indah di Terengganu. Jika anda dari Kuala Terengganu dan ingin ke Besut melalui 'jalan pantai' (bukan melalui jalan utama melalui bandar Permaisuri), anda akan melalui pantai Penarik. Jarak antara bandar Kuala Terengganu adalah 60km dan 80km jika dari Kota Baru, Kelantan.

Rata-rata penduduk disini adalah nelayan. Boleh di katakan Penarik ini adalah perkampungan nelayan.Keadaan pantainya yang sayup memanjang serta dilengkapkan dengan bot nelayan dan pokok kelapa dan rhu yang begitu indah.

Anda boleh berkelah dipantai. Di sini juga ada buah kedai yang menjual makanan seperti keropok, ikan celup tepung, sotong, udang dan ketam.Kedatangan anda agak tidak lengkap jika anda tidak memesan air buah kelapa muda. Jika anda memerlukan penginapan, anda boleh tinggal di Penarik Inn yang menawarkan harga bilik - RM55 semalam.




- Kemudahan : Masjid Penarik, Wakaf, Balai Polis
- Tempat Makan : Deretan Restoren berdekatan dengan masjid Penarik
- Terdapat banyak penginapan : chalet, Inn 





1 comment:

  1. Salam 1Malaysia.
    Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada kawasan pantai ini tetapi ketika saya pulang ke Terengganu pada Sept lepas, ada banyak kapal mengorek pasir di kawasan berkenaan. Harap ia bukan sesuatu yang tidak baik kerana saya risau ia akan memberi kesan kepada alam sekitar dan keindahan di kawasan berkenaan.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete