Tuesday, June 22, 2010

Review Pantai : Pantai Teluk Ketapang


Review Pantai kali ini ialah Pantai Teluk Ketapang. Ianya terletak di tepi Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Dahulunya pantai ini ditutup sementara disebabkan penambakan tanah dipantai bagi kerja-kerja membesarkan landasan kapal terbang. Jika anda melalui jalan di hujung landasan kapal terbang, ketahuilah bahawa kedudukan asal anda disitu adalah di tengah laut.

Dah lama kami sekelurga tidak berkelah di sini. Apabila laluan dibuka semula, bilangan pengunjung makin bertambah berbanding dengan dahulunya. Anda boleh berkelah di tepi pantai atua menikmati air kelapa muda dan makan ikan celup tepung (ICT) serta makan laut lain seperti sotong, ketam, pari dan keropok.
Jika hujung minggu terdapat perkhidmatan menunggang kuda untuk kanak-kanak dan dewasa.

  






 




Lokasi : 12 km dari Kuala Terengganu (bersebelahan Kawasan Lapang Terbang Sultan Mahmud)
Kemudahan : Wakaf, Deretan Kerusi Bermeja Batu, Tandas Awam
Makan-minum : Bad Ikan Celup Tepung (ICT), Deretan Gerai Makanan
Penginapan : Dara Inn.

 

No comments:

Post a Comment