Sunday, May 2, 2010

Setiu



Bendera Daerah Setiu

Melambangkan pengemblingan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan



Setiu merupakan sebuah daerah bongsu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 1 Januari 1985.

Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar. Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu;-



•Mukim Hulu Nerus - 54,523.30 hektar
•Mukim Calok - 20,589.60 hektar
•Mukim Hulu Setiu - 23,292.90 hektar
•Mukim Guntung - 16,348.50 hektar
•Mukim Tasik - 5,827.10 hektar
•Mukim Pantai - 8,499.40 hektar
•Mukim Merang - 6,825.00 hektar
 
 
 
Sumber : http://mds.terengganu.gov.my/web/guest/latarbelakangsetiu
 
 
Link
 
Tempat Menarik
Pusat Penerangan Pelancongan
Peta

No comments:

Post a Comment