Tuesday, June 15, 2010

Terowong Keretapi Bukit Tebuk - Peninggalan Jepun


Teringat semula 15 tahun dahulu semasa kami berkhidmat di daerah Dungun, selalu menggunakan terowong Bukit Tebuk sebagai jalan pintas untuk ke Bandar Dungun. Penggunaan jalan ini dapat menjimatkan masa lebih kurang 10 minit. Lokasinya yang terletak di Kampung Nibong Kubur.

Menurut beberapa penduduk disitu, terowong ini digunakan oleh tentera Jepun untuk mengangkut bijih besi yang dilombong di Bukit Besi. Saya sendiri pernah membuat tinjauan sehingga ke Kampung Che Lijah. Memang benar bahawa terdapat kesan landasan keretapi di Che Lijah dan menganjur terus ke Bukit Tebuk.

 Plak Monumen yang disediakan oleh Tourism Malaysia menyatakan Terowong Bukit Tebuk ini terletak di dalam Kampung Che Lijah. Ada beberapa pertikaian tentang lokasinya. Bagi saya ianya terletak di Kampung Nibung Kubur dan merupakan bekas laluan dari Che Lijah dan Bukit Besi.
Nama Bukit Tebuk mungkin diambil dari peristiwa yang bukit ini ditebuk oleh pihak Jepun melalui satu syarikat yang melombong bijih besi di Bukit Besi. Terowong ini dibina adalah sebagai laluan keretapi sama ada keretapi yang membawa penumpang atau keretapi yang membawa bijih besi dari kawasan perlombongan bukit besi ke kawasan pengumpulan bijih besi di Sura Gate. Kesan laluanya masih boleh dilihat di Pantai Sura Gate.

Apa yang menarinya ialah terdapat dua bilik atau ruang yang tidak berpintu. Kemungkinan 'bilik' ini digunakan untuk tujuan menyorok atau keselamatan jika ada keretapi melaluinya. Ini kerana kemungkinan besar ianya juga digunakan sebagai laluan pejalan kaki.

Jangan terkejut jika radio anda akan senyap (tiada isyarat) semasa memandu di dalam diterowong ini. Laluan di Bukit Tebuk ini telah dilengkapkan denga lampu dan laluan jalanya telah diturap dengan tar. Cubalah melaluinya jika anda dalam perjalanan ke Dungun.







Peta Lokasi Bukit Tebuk, Dungun.


View Larger Map







- Di bina oleh Tentera Jepun Melalui Sebuah Syarikat Perlombongan Syarikat Kuhara Mining Ltd
- Laluan Keretapi dari Bukit Besi ke Sura Gate
- Tarikh Terowong Siap : 1938








Tarikan Berdekatan : Bukit Besi, Bandar Dungun,
Pengangkutan : Bas, Teksi
Panduan : Rujuk Peta Google

No comments:

Post a Comment