Sunday, July 18, 2010

Info Batik Bahagian 2 - Batik Lukis


Kali ini kita akan melihat bahagian kedua artikel batik iaitu - Penghasilan Batik Lukis khusunya kepada kain sutera, Sebagaimana batik chop atau batik tekap, anda boleh  melihat sendiri proses pembuatannya di Nor Arfa Craf Complex (NACC) atau WANISMA Batik dan Tembaga. Selain dari dua tempat tadi, anda juga boleh membelinya di Pasar Besar Kedai Payang yang sememangnya banyak pilihan.

Rujukan Petikan : http://seniartizza.blogspot.com/search/label/batik




Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.



Gambar Batik


  Sebahagian Batik Lukis (Sutera) di Pasar Besar Payang.


Corak Rekaan Pelangi Baju Batik Secara Kreatif

No comments:

Post a Comment