Saturday, June 19, 2010

Jeti Marang..


Jeti Marang adalah merupakan satu kawasan yang dilabelkan oleh Pelancongan Terengganu sebagai salah satu tempat pelancongan di negeri Terengganu. Jeti ini merupakan gateway para pelancong untuk ke Pulau Kapas dan aktiviti mencandat sotong. Terdapat beberapa kemudahan yang boleh membantu anda dalam melancong ke Pulau Kapas.

Di kawasan ini terdapat deretan kedai syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan. Selain dari itu anda juga menikmati makanan Terengganu di deretan Restoren / warung yang berada di Tepi Sungai Marang. Terdapat juga kemudahan surau dan tandas awam disini. Apa yang menarik disini, terdapat beberapa tarikan lain yang berdekatan seperti  lagun Marang, permandangan seperti waterfront sungai Marang dan kawasan penempatan di tepi sungai Marang.


Deretan Syarikat Pelancongan Bagi Pulau Kapas 


 Batu Maklumat tentang Pulau Kapas


Permandangan Indah di Tepi Sungai Marang



Tips - Pulau Kapas sukar dikunjungi sewaktu musim hujan di pantai timur (November - Mac).
Tempoh Perjalanan bot - (Marang ke Pulau Kapas) -30 minit.

Talian Untuk Dihubungi 
-Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893


Tempahan : http://www.virtualmalaysia.com/p2g/index.cfm?search=Pulau Kapas


Senarai Penginapan di Pulau Kapas.

-Duta Puri Island Resort
-Gem Wellness Spa & Island Resort
-Kapas Island Resort
-Kapas Turtle Valley Beach Resort
-The Light House
-Kapas Coral Beach
-Makcik Gemuk Resort
-Qimi Chalet
-Kapas Beach Chalet

No comments:

Post a Comment