Monday, July 19, 2010

NACC - Nor Arfa Craf Complex (One Stop Craft Complex)

 

Baru-baru ini saya ke NACC atau Nor Arfa Craf Complex. Ianya terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu. Nor Arfa merupakan nama yang terkenal dalam industri batik di Malaysia. Arfa Batik adalah merupakan usaha pasangan suami isteri iaitu Wan Mohd Ariffin dan Nor Hijerah yang telah memulakan aktiviti rekabentuk dan lukisan tangan pada hasilan batik mereka. Hasil keluaran Batik Arfa  ini telah menembusi pasaran luar negeri dan mempunyai cawangan di merata tempat di Malaysia.


NOOR Arfa CRAF KOMPLEKS (NACC) ini dihasrat supaya menjadi payung pemasaran kepada barangan kraftangan dan warisan tempatan yang mana ianya akan bertindak sebagai 'payung' untuk semua pengusaha dan pengeluar produk warisan di Terengganu. Fokus utama pada NACC adalah untuk membantu memotivasi pembangunan usahawan kerajinan yang memiliki kekuatan untuk mempengaruhi dan kemampuan untuk membekalkan produk berkualiti tinggi yang dapat bersaing di pasaran. Produk dan pusat demostrasi pembuatan batik, songket, anyaman, seni kaca, ukiran kayu dan tembaga dan lain-lain di bawah satu bumbung . 


Terdapat banyak maklumat dan acara demostrasi yang mana anda sendiri boleh turut sama terlibat dalam demostrasi tersebut. Jika anda berminat dengan keseniaan, lawatan anda tidak akan lengkap jika tidak berkunjung disini. Dari pemerhatiaan saya terdapat beberapa buah bas yang membawa pelawat dari luar Terengganu berkunjung disini.




Model Bangunan NACC


Bangunan NACC

Kedai Jualan Barangan NACC


Sesi Demostrasi : Batik Lukis / Sutera

Proses Mewarnakan Batik Lukis


Sesi Demostrasi Seni Kaca Hiasan

Bistro / Restoren Tepi Sungai
Bagi Pengunjung menikmati Makanan



- Jarak hanya 10 minit dari bandaraya Kuala Terengganu
- Kemudahan Bas Cas Ligas / Bas lain serta Teksi
- Tarikan Berdekatan : Sutera Semai, Pusat Kraftangan Terenganu
- Makan-minum : Dalam perkarangan NACC

Butiran Perhubungan :-

Lot 4153, Cendering Industrial Area,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Tel: 609-617 9700
Fax: 609-617 9701

http://www.noor-arfa.com.my/

No comments:

Post a Comment