Saturday, July 24, 2010

Persembahan Festival Gamelan Sedunia 2010 - HEBAT



Hebat... ungkapan yang sentiasa keluar semasa menyaksikan Festival Gamelan Sedunia 2010 yang bermula semalam. Kami sekeluarga sampai di Taman Shahbandar pada 8.45 mlm. Lihat semua tempat dah penuh dengan pelbagai golongan. Majlis Perasmiaan dilaksanakan secara ringkas oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Bin Said. Antara objektif festival ini ialah menanam minat generasi muda kepada warisan ini serta memberi peluang kepada rakyat melihat sendiri kelainan yang ada antara gamelan dari pelbagai negara.

Yang paling hebat ialah persembahan Gamelan dari Bali, Indonesia. Rasa macam berada di Bali. Sememangnya terdapat banyak perbezaan anatar Gamelan dari pelbagai negara. Turut membuat persembahan ialah Kumpulan Gamelan Kerajaan Negeri Terengganu, Kumpulan Sanggar Singamurthi, Warisan Terengganu, Rhythm in Bronze, UIAM, Gastarana, Lambangsari, Hand Percussion Team, Garasi Seni Benawa dan Istana Budaya.

Pemain Gamelan Kumpulan Sanggar Singamurthi
Penari Gamelan Kumpulan Sanggar Singamurthi

Penari Gamelan Kumpulan Warisan terengganu

Kumpulan Gamelan Gastarana, Lambangsari mempersembahkan Tarian Meniup Api dan Pijak Kaca.

Kumpulan Dari Jepun - Garasi Seni Benawa








- Di Urusetiakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong
- Tel : 609-622 1444
- Fax : 609 623 1209

- Email : mohdnor05@yahoo.com

- Laman Web Gamelan Terengganu : http://gamelan.terengganu.gov.my/ 


  

No comments:

Post a Comment