Friday, September 17, 2010

Kuih : Lompat Tikam


Lompat Tikam. Tak tahu kenapa namanya begitu.  Lompat Tikam merupakan kuih yang berasal dari Terengganu. Jika anda berkunjung ke Terengganu cubalah makan kuih ini. Lompat Tikam ini mempunyai 2 lapisan yang berbeza dari segi rasa dan warnanya. Lompat Tikam ini merupakan kuih yang agak manis. Boleh dikatakan bahawa  ianya merupakan puding tradisional.

Lapisan atas (warna  putih) merupakan lapisan yang dibuat dengan tepung beras dan lapisan kedua, merupakan campuran santan dan tepung beras. Kuih ini dimakan dengan sirap atau  kuah nisan.
 

 
- kebiasaanya harganya RM1.20 sebungkus
- lokasi penjualan kuih di Kuala Terengganu, sila rujuk peta dibawah:-


 

No comments:

Post a Comment