Friday, June 11, 2010

Dataran Shahbandar.. sentiasa meriah


Walaupun setiap hari melalui hadapan Dataran Shahbandar, saya jarang berhenti untuk melihat event yang sentiasa berlangsung di sana. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja pada akhir-akhir ini. Minggu ini yang merupakan minggu cuti sekolah, terus bawa anak-anak untuk merasai kemeriahan disana. Sebenarnya kami selalu berkelah - makan-makan dan berehat. Memang seronok disini. Suasana yang menarik, permandangan ke laut yang sangat indah. Terengganu ku memang indah.

Anak-anak kami sangat excited dengan suasana fun fair - " Euro Fun Park" di sebelahan Dataran Shahbandar. Pelbagai permainan yang jarang ada di Kuala Terengganu terdapat disitu. Sebenarnya setiap hari Sabtu suasananya sangat meriah hingga ke malam. Di situ juga terdapat 'late night market - Uptown Market.

 






HOTEL                    : Hotel Grand Continental, Hotel Primula, Sea View

MAKAN-MINUM  : Taman Selera Taman Tanjung, Kedai Nasi Ayam Tanjung, Kedai Pok Loh  Murtabat, Killney, Warung Seri Wangi, Uptown

SHOPPING             : ASTAKA, Uptown(malam)

No comments:

Post a Comment