Thursday, June 10, 2010

Taman Monumen :: Lawatan Kali Ke 2





Ini merupakan kali kedua family ke Taman Monumen. Kali pertama dulu ada beberapa binaan belum siap. Kebetulan kali ini keluarga abang yang tinggal di Shah Alam balik ke Kuala Terengganu belum pernah ke Taman Tamadun Islam, khususnya ke Taman Monumen yang telah siap sepenuhnya.

Untuk pengetahuan semua terdapat 21 buah monumen Islam yang telah bina. Kebetulan pada malam sebelumnya TV9 telah menyiarkan rancangan Alahai Fafau, yang mana Farah Fauzana telah menangis sebaik sahaja melihat monumen-monumen tersebut. Ianya telah memberi rasa yang amat berkesan kepada sanubari kepada sesiapa sahaja yang melihat keagungan Tamadun Islam.

Taman Monumen ini terletak di Taman Tamadun Islam yang turut dibina Masjid Kristal. Terdapat beberapa monumen yang mempunyai tempat pameran interaktif serta tayangan video yang berkaitan dengan monumen tersebut seperti monumen Masjid Negara, Taj Mahal, Kubah As-Sakhrah, Masjidil Haram dan The Palace of Hambra. Diuruskan oleh TTi Management Sdn Bhd. Lokasinya di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang. Apa yang menariknya adalah lokasinya berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu.


No comments:

Post a Comment