Wednesday, July 21, 2010

Cas Ligas atau Bas Bandar



Bas Cas Ligas atau Bas Bandar merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat dan juga pelancong. Anda boleh menaiki bas ini untuk bersiar-siar mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu.

Sistem pengangkutan bas awam ini akan diterajui oleh caS ligaS Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat anak yang diperbadankan sepenuhnya oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). caS ligaS Di tubuhkan pada 22 Ogos 2007. Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.


Apa yang menarinya ialah bas ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin, sistem tiket automatik, global psitioning system (GPS), closes circuit television (CCTV) dan LED deestinasi penunjuk arah. Tambangnya ialah RM1 bagi satu hala perjalanan.

Laluan operasi adalah seperti berikut:-

Laluan Chendering
Laluan Taman Tamadun Islam
Laluan Batu Enam/
Laluan Gong Badak



Jadual Perjalanan Bas

Bas dilengkapkan dengan ukiran dan seni kayu tradisional









- Syarikat - caS ligaS Sdn. Bhd.
- Di tubuhkan pada 22 Ogos 2007
- Bayaran sehala - RM1.00


Sebarang Pertanyaan :-

Cas Ligas Sdn. Bhd.

Tingkat 9, Menara Permint,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Tel :+609-6278000 (samb 8170)
Faks :+609-6233880

http://www.casligas.com.my/v1/

No comments:

Post a Comment