Thursday, July 22, 2010

Perusahaan Membuat Bot Traditional di Duyong




Selain dari lokasi Pertandingan Kapal Layar Monsson Cup, Pulau Duyong juga terkenal dengan Perusahaan Membuat Bot Traditional. Terletak di tepi sungai Terengganu, merupakan sebuah perusahan tradisi warisan masyarakat Duyong.
Pada cuti sekolah baru-baru ini saya sempat ke sana. Kedatangan saya disambut baik oleh perkerja disitu yang hanya mahu dikenali sebagai Wy. Walaupun agak muda beliau begitu berpengalaman dalam selok belok hal-hal pembuatan bot. Beliau juga menawarkan saya untuk naik keatas sebuah bot yang sedang dalam pembinaan. Menurut beliau kebiasaannya untuk menyiapkan sesebuah bot mengambil masa 16 bulan.

Kos pembinaan bot yang siap sepenuhnya kebiasaanya mencecah RM 2 juta. Kadangkala syarikat ini mengambil tempahan dari warganegara asing khususnya bagi pembinaan kapal layar. Memandangkan keluasaan tempat ini dan bilangan perkerja terhad hanya satu-satu pembinaan bot shaja dapat dilakukkan.



Badan bot yang telah disiapkan selama 6 bulan.
Dianggarkan tempoh siap sepenuhnya ialah 16 bulan.


Anak saya turut naik sama untuk melihat kerja-kerja pembuatan bot.


Bahagian dalam badan bot tersebut.




Bot Jenis Laut Dalam mengambil masa : 16 bulan
Bahan Utama yang digunakan : Kayu Cengal
Harga (bot Siap sepenuhnya) : RM 2 juta
Maklumat Lanjut sila hubungi:

Syarikat Bot Tradisional Duyong
3609 Kg Duyong Besar
20100 Kuala Terengganu
019 9662266


Tempat Menarik Berdekatan : Kota Lama Duyong, Tapak Lokasi Pertandingan Kapal Layar Moonsun Cup
Hotel : Hotel Riaz








3 comments:

  1. Boleh kah saya mempelajari dan merasakan pengalaman dlm pembuatan bot ni

    ReplyDelete
  2. Bagaimana nak menghubungi tuan punya pembuatan kapal kerana saya amat meminati perusahaan ni

    ReplyDelete