Friday, August 6, 2010

Info : Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Puteri


Hari ini saya nak membuat artikel berkenaan  Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Saya pernah membuat artikel tentang Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Besut sebelum ini. Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Terengganu ini terletak di Bukit Puteri, bersebelahan dengan pejabat POS Besar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik sememangnya dapat membantu pelawat dan pelancong bagi mendapatkan pelbagai maklumat tentang negeri Terengganu khusunya dalam bidang pelancongan.

Ini kerana dihadapannya terletak Jeti Perlepasan pelancong bagi ke Pulau Redang. Lokasinya juga hampir dengan Istana Maziah, Bazar Warisan dan Pasar Besar Kedai Payang. Anda boleh mendapatkan buku panduan pelancongan Negeri Terengganu terbitan Kerajaan Negeri Terengganu dan Tourism Terengganu. Selain dari itu Pusat ini juga menyediakan broucher pelancongan semua negeri di Malaysia, Pakej Pelancongan, Maklumat-maklumat lain yang berkaitan dan berguna jika anda merancang untuk melancong di Malaysia khususnya di Terengganu.


 








- Untuk maklumat Lanjut Sila Hubungi

Pusat Penenrangan Pelancongan Terengganu
Bukit Puteri, Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 Kuala Terengganu

Tel  : 609-697 1553
Fax : 609-622 1957


Link Berkaitan :  



No comments:

Post a Comment