Sunday, August 8, 2010

Peyemaian Ranting Karang di Redang Cipta Rekod


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Taman Laut dan Universiti Malaysia Terengganu telah melaksanakan satu detik sejarah iaitu Penyemaian Ranting Karang di Taman Laut Pulau Redang. Program ini telah berlangsung pada 28 Julai 2010 dan disempurnakan oleh Yg. Berbahagia Tan Sri Dato' Alimuddin bin Md. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Penyemaian ranting karang ini telah direkodkan dalam buku "Malaysia Book Of Records". 

Sesungguhnya usaha yang dilaksanakan ini bukan sahaja dapat memelihara taman laut malah memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar ini dalam menjaga keindahan Taman Laut berkenaan.

Kredit Kepada : En Aminudin Bin Mohammad - Jurukamera NIKON Tersohor.







No comments:

Post a Comment