Ekoran dari penyiaran beberapa artikel tentang info kuih muih tradisional Terengganu, pihak kami merasakan adalah perlu disertakan peta lokasi beberapa tempat yang terlibat dalam penjualan kuih muih tradisional Terengganu. Peta lokasi ini dapat memudahkan pelancong luar untuk membeli dan menikmati pelbagai kuih muih tradisonal Terengganu.
Kuih seperti Jala Mas, Asam Gupal, Lompat Tikam, Akok, Sekaya, Menganang dan lain-lain lagi amat sukar didapati di tempat jualan kuih atau makanan. Peta ini juga dilengkapkan direktori alamat dan no telefon bagi memudahkan pengguna untuk membuat pesanan atau mendapatkan maklumat tentang kuih tersebut.
- klikkan peta untuk dibesarkan-
Gerai Kuih Che Tar
Jalan Sultan Sulaiman
Pengurus Gerai : En Mokhtar
No Tel : 09 6240 507
Gerai Kuih Gong Kapas
Jalan Panji Alam
Pengurus Gerai : Tengku Ahmad
No Tel : 019 9246 767
Gerai-Gerai Kuih Tradisional
Pasar Besar Kedai Payang
Kuala Terengganu
Gerai-Gerai Kuih Tradisional
Pasar Chabang Tiga
Kuala Terengganu
Gerai-Gerai Kuih Tradisional
Pasar Batu Enam
Kuala Terengganu
Berita Harian : Pelita Minyak gamit nostagia Aidilfitri
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2010/09/09
MUHAMMAD Ramli turut membantu memasang pelita di
Kampung Padang Hangus, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Membelanjakan lebih RM120 sehari untuk minyak pelita bukan peruntukan yang sedikit. Namun, bagi Ismail Sulong, 68, dia tidak kisah terpaksa mengeluarkan wang sebanyak itu kerana baginya pelita menyimpan makna, memberi simbolik dan menggamit nostalgia menjelang sambutan hari raya.
Dia yang juga juara bertahan selama sembilan tahun berturut-turut Pertandingan Pelita Raya, berkata dia memerlukan perbelanjaan besar untuk menyalakan hampir 700 sumbu pelita diperbuat daripada pelbagai bahan terbuang yang diolah menyerupai bentuk masjid serta Menara Kuala Lumpur.
Sekurang-kurangnya 48 liter minyak menyalakan pelita setiap malam. Sebahagiannya saya guna minyak diesel dan ada juga pelita yang menggunakan minyak masak iaitu minyak bekas menggoreng ikan.
"Setiap pelita boleh bertahan hingga tiga jam sebelum minyaknya habis. Untuk menyalakan pelita di tempat tinggi, saya sediakan galah khas yang dilengkapi pencucuh api tanpa perlu menggunakan tangga," kata pekerja kilang padi itu.
Dia ditemui ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh ke Kampung Padang Hangus dan Kampung Pagar Ubi, yang meninjau persiapan peserta yang menyertai pertandingan itu.
Seramai 194 peserta daripada lima kampung mengambil bahagian iaitu Kampung Padang Hangus; Kampung Raja Tepuh; Kampung Baru; Kampung Pagar Ubi dan Kampung Tokeng dalam kawasan DUN Tepoh.
Bagi Maseling Osman, 52, masalah kesihatannya tidak menjadi halangan untuknya menyertai dan mewarnai keliling rumahnya di Kampung Padang Hangus dengan nyalaan pelita.
Dia yang menghidap kencing manis hingga terpaksa menggunakan kerusi roda berkata, dengan bantuan anak dan isteri, dia berjaya membina gerbang pelita diilhamkan daripada pentas astaka pertandingan tilawah al-Quran menggunakan lebih 700 sumbu pelita.
Sementara itu, Muhammad Ramli berkata, pertandingan itu diharap dapat menimbulkan minat dan semangat masyarakat khususnya generasi muda dalam memahami tradisi zaman silam yang menjadi antara corak serta budaya kehidupan.
"Alhamdulillah, hasrat penganjur untuk melihat 10,000 pelita dinyalakan pada pertandingan ini mendapat sambutan luar jangkaan hingga berjaya memperlihatkan lebih 20,000 pelita dinyalakan,” katanya.
Sumber Berita: Berita Harian (09/09/2010)
Utusan Malaysia : Pertandingan pelita raya
MUHAMMAD Ramli Noh (tengah) dan Pengarah Muzium Negeri,
Mohd Yusof Abdullah bersama para pemenang
Pertandingan Pelita Raya 2010 pada majlis penyampaian
hadiah di Kampung Seberang Tepoh, semalam.
Oleh FAUZI MOHD
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Pertandingan Pelita Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mampu menjadi produk pelancongan baru selain diketengahkan sebagai ikon warisan negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhamad Ramli Nuh berkata, ia berdasarkan keistimewaan DUN tersebut yang sinonim dengan pertandingan pelita raya apabila tradisi lama yang dihidupkan kembali itu mendapat sambutan pada setiap kali Ramadan.
"Sejak program ini diberi perhatian serius oleh kerajaan, ia telah menampakkan kemajuan dalam memartabatkan warisan seni budaya," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pelita Raya di Kampung Seberang Tepoh di sini hari ini. Pertandingan yang dianjurkan oleh Muzium Terengganu, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri dan Pejabat ADUN Tepoh turut dihadiri Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah.
Muhamad Ramli berkata, pertandingan pada mulanya tertumpu di Kampung Padang Hangus sejak sembilan tahun lalu bakal diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mampu mencipta nama tersendiri.
"Kerajaan negeri, Kementerian Pelancongan serta Muzium Negeri Terengganu akan memastikan tanggungjawab untuk memartabatkan warisan ini. Ia bukan untuk pertandingan semata-mata sebaliknya bagi menghidupkan tradisi lama untuk tatapan generasi baru.
Sumber Berita : Utusan Malaysia (19/09/2010)
Jika anda melalui Jalan dari Kemaman ke Dungun, anda akan melalui satu Taman Rekreasi Taman Bakau Tinggi di tepi sungai Kemaman. Terdapat pelbagai kemudahan disini seperti laluan kayu yang membolehkan anda kawasan hutan bakau tersebut. Selain dari itu terdapat juga tempat permainan kanak-kanak, tempat rehat, serta tempat memacing di sepanjang sungai Kemaman.
Salah satu acara yang menarik dalam bulan Ramadhan ini adalah Pertandingan Pelita Raya yang di adakan di DUN Tepuh. Penganjuran kali ini adalah merupakan kali kedua. Pengajuran kali pertama dahulu (2009) telah menyaksikan Kampung Padang Hangus sebagai pemenang pertandingan ini. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Muzium Negeri Terengganu.
Bagi tahun ini iaitu 2010, ianya akan bermula 4-6 September 2010 ( 25 - 27 Ramadhan 1431) dan ianya terbahagi kepada 2 kategori iaitu individu kampung dan antara JKKK Kampung. Di sini saya sertakan 2 keratan akhbar yang menyiarkan kemeriahan Pertandingan Pelita DUN Tepuh.
Sumber Gambar : Muzium Negeri Terengganu
Hutan Lipur Sekayu adalah merupakan satu tempat rekreasi Air Terjun yang amat terkenal di Terengganu. Jaraknya ialah 15 KM dari bandar Kuala Berang. Jika nada menggunakan GPS kordinatnya ialah
N04° 57.85' E102° 56.71'.
Terdapat pelbagai kemudahan rekreasi disini seperti chalet, tempat perkelahan, taman herba, dewan terbuka, dewan pameran serta trek rekreasi. Berbanding dengan dahulu, Sekayu telah banyak dibangunkan. Jika anda seorang yang meminati flora dan fauna, anda boleh mendapatkan maklumat tentangnya disini. Setiap spesis tumbuhan disertakan maklumat.
Sebagai seorang yang sentiasa ke Kuala Berang, selalu mendengar ungkapan orang-orang tua dikampung saya " kalau ke Kuala Berang jangan lupa beli jagong". Begitulah senonimnya Jagong dengan Kuala Berang. Jika kita melalui jalan utama ke Jenagor (Janakuasa Kenyir) atau ke Tengkawang, kita akan dapati banyak terdapat ladang jagung di sepanjang tepi jalan.
Dihentian Simpang Tiga kampung Gaung, kita akan dapat melihat deretan kedai yang menjual jagung rebus dan jagung mentah. Harganya lebih murah jika kita membeli ditempat lain di Terengganu. Pelbagai spesis jagung dan kacang dijual disini. Singgahlah dan nikmatilah keenakkan jagung rebus Kuala Berang.
Lompat Tikam. Tak tahu kenapa namanya begitu. Lompat Tikam merupakan kuih yang berasal dari Terengganu. Jika anda berkunjung ke Terengganu cubalah makan kuih ini. Lompat Tikam ini mempunyai 2 lapisan yang berbeza dari segi rasa dan warnanya. Lompat Tikam ini merupakan kuih yang agak manis. Boleh dikatakan bahawa ianya merupakan puding tradisional.
Lapisan atas (warna putih) merupakan lapisan yang dibuat dengan tepung beras dan lapisan kedua, merupakan campuran santan dan tepung beras. Kuih ini dimakan dengan sirap atau kuah nisan.
- kebiasaanya harganya RM1.20 sebungkus
- lokasi penjualan kuih di Kuala Terengganu, sila rujuk peta dibawah:-
Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu
:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)