Tuesday, June 29, 2010

Review Pantai : Pantai Kelulut



Pantai Kelulut terletak 17 km dari Kuala Terengganu. Ianya juga terletak diantara Marang dan Rantau Abang. Anda boleh menikmati keindahan pantai yang memanjang sayup mata memanjang. Kami sendiri selalu berkelah disini. Pantai yang sungguh indah dan angin yang sentiasa bertiup sangat sesuai untuk berehat. Kebiasaanya anak-anak kami tidak akan melepaskan peluang untuk bermain wau.

Di Pantai Kelulut ini terdapat banyak kemudahan yang boleh anda gunakan. Terdapat tandas awam dan pondok rehat bagi memenuhi keperluaan pelawat. Kebiasanya kami sekeluarga akan membeli keropok goreng untuk dinikmati bersama semasa berehat di pantai tersebut.

Pantai ini juga sentiasa menjadi tapak Pekan Budaya yang diadakan secara tahunan.



Bermain Wau.. aktiviti tetap anak kami disini


Keindahan Pantai Yang Tenang dan Damai


Pentas Terbuka yang sentiasa digunakan bagi persembahan kebudayaan.


Kebersihan dan Keindahan yang menjadi tarikan pelawat.

Pulau Kapas yang boleh dilihat dari pantai Kelulut.









Tempat Menarik Berdekatan

- Pulau Kapas
- Jeti Marang
- Lagun Marang


Tempat Penginapan

1.Seri Malaysia Marang
2.Anggulia Beach House
3.Buai Beach Resort
4.Island View Resort
5.Marang River View Resort
6.Rumah Rehat Semarak



Restoran

1.Restoran (Marang Resort)
2.Restoran Suriati Hamzah
3.Restoran Yusof Othman
4.Deretan Taman Selera Kelulut


Pertanyaan :

MAJLIS DAERAH MARANG

21600 Marang, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-6182366 / 09-6182368
No Faks: 09-6182490
E-Mel : mdmarang@terengganu.gov.my







Saturday, June 26, 2010

Review Pantai : Pantai Marang... Indahnya



Hari ini, kami bermalam di Angullia Resort. Cuba menginap dekat Chalet VIP yang paling hampir dengan pantai. Pada awal pagi, saya dan isteri saya tidak melepaskan peluang melihat keindahan matahari naik melalui pulau Kapas yang bertentangan dengan kedudukan kami.

Sungguh indah ciptaan Allah. Sebagaimana biasa kami terus mencapai kamera berjema Lumix dan Cybershot. Kebetulan dipantai terdapat rombongan murid sekolah sedang mengikuti riadah pagi. Rasa tidak lengkap jika kami tidak mandi di pantai. Sambil mandi saya mengajar anak saya cara 'menahan ketam'- cakap orang Terengganu atau dengan maksud yang lain .. mengumpan ketam.


Permandangan matahari naik melalui Pulau Kapas

Murid Sekolah SK Tok Dir - Beraktiviti pagi

Indahnya .. Keindahan Pantai Marang

Mandi sambil 'tahan ketam'







- Tarikan Berdekatan - Pantai Kelulut, Jeti Marang, Lagun Marang
- Penginapan - Angulia Resort
- Makan-minum - Deretan Kedai Pantai Kelulut






Tuesday, June 22, 2010

Review Pantai : Pantai Penarik, Setiu



Pantai Penarik, Setiu merupakan salah satu pantai yang indah di Terengganu. Jika anda dari Kuala Terengganu dan ingin ke Besut melalui 'jalan pantai' (bukan melalui jalan utama melalui bandar Permaisuri), anda akan melalui pantai Penarik. Jarak antara bandar Kuala Terengganu adalah 60km dan 80km jika dari Kota Baru, Kelantan.

Rata-rata penduduk disini adalah nelayan. Boleh di katakan Penarik ini adalah perkampungan nelayan.Keadaan pantainya yang sayup memanjang serta dilengkapkan dengan bot nelayan dan pokok kelapa dan rhu yang begitu indah.

Anda boleh berkelah dipantai. Di sini juga ada buah kedai yang menjual makanan seperti keropok, ikan celup tepung, sotong, udang dan ketam.Kedatangan anda agak tidak lengkap jika anda tidak memesan air buah kelapa muda. Jika anda memerlukan penginapan, anda boleh tinggal di Penarik Inn yang menawarkan harga bilik - RM55 semalam.




- Kemudahan : Masjid Penarik, Wakaf, Balai Polis
- Tempat Makan : Deretan Restoren berdekatan dengan masjid Penarik
- Terdapat banyak penginapan : chalet, Inn 






Review Pantai : Pantai Mangkuk Setiu yang belum terusik



Kali ini kita akan lihat tentang Pantai Mangkuk. Pantai Mangkuk terletak di Daerah Setiu. Untuk ke Pantai Mangkuk Setiu, anda akan menempuh terlebih dahulu pantai Penarik. Ini bermakna anda perlu memandu terus sepanjang panati Penarik untuk sampai ke Pantai Mangkuk.

Keadaan Pantai Mangkuk sangat berlainan dari Pantai Penarik. Ianya kelihatan seperti pantai yang belum terusik oleh arus pembangunan kecuali ada beberapa resort dan chalet baru dibina. Anda boleh berkelah di pantai yang berpasir putih dan memanjang sayup mata memandang.

Dari pemantauan saya tiada kemudahan yang disediakan kepada pelawat atau pelancong yang berkelahan disini tetapi anda tidak mungkin dapat ketenangan dan keindahan permandangan sebagaimana yang ada di Pantai Mangkuk.


 


Thursday, June 17, 2010

La Hot Spring - Kolam Air Panas di Besut




Satu Pengalaman yang tidak terfikir akan dilalui di Terengganu. Sebelum ini saya pernah melawati Kolam Air Panas Poring, Ranau Sabah. Memang tidak terfikir bahawa Kolam Air Panas La Hot Spring menyamai dengan kolam air panas di luar Terengganu. Wah! airnya memang panas, khusunya di Kolam utama. Kami sekeluarga merasakan berbaloi walaupun jaraknya agak jauh dari Kuala Terengganu. Jaraknya dari Kuala Terengganu adalah 140km. Terletak di Daerah Besut, Terengganu.

Tidak sangka bahawa disini terdapat kemudahan rumah penginapan yang berpatutan. Bayaran Penginapan adalah mengikut jenis rumah. Bayaran adalah sekitar RM70 - RM90 semalam. Semua pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 bagi sebuah kenderaan dan tiada cas bagi perseorangan.

Punca air panas ini adalah air mata air. Terdapat 4 tempat bagi menikmati air panas. Anda boleh memilih untuk berendam dalam kolam / takungan atau mandi di aliran air yang bercampur dengan air sungai. Selain dari itu terdapat 2 kolam takungan air panas iaitu kolam 2 atau kolam utama. Kolam utama merupakan kolam yang mempunyai tahap kepanasan air yang paling tinggi dan boleh mencecah sehingga 100 darjah celcius.

Selain dari penginapan, kemudahan surau serta kemudahan makan dan minum juga disediakan berdekatan dengan kolam air panas.















Kedudukan : Dari Bandar Kuala Terengganu = 140 KM
Tarikan Berdekatan : Lata Tembakah
Pengangkutan : Kereta, Teksi
Maklumat Lanjut : Urusetia :
No Telefon :


Review Pantai : Pantai Merang



Review Pantai kali ini ialah Pantai Merang. Terletak di daerah Setiu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Pantai Merang mangambil masa 45 minit. Jarak antara Kuala Terengganu ke Pantai Merang ialah 44km. Pantai Merang sememangnya sangat cantik dan sesuai untuk perkelahan sekeluarga.

Dahulunya Pantai Merang sangat sibuk dengan pelancong asing kerana di situlah terletak Jeti Bot/Feri bagi ke Pulau Redang. Jeti baru untuk ke Pulau Redang dan pulau Kapas telah dialihkanke Kuala Terengganu. Bagi pengunjung yang hendak berkelah, anda boleh memilih 2 tempat yang ada iaitu kawasan bersebelahan dengan Merang Resort atau disebelah Pusat Kokurikulum UDM.










Peta Google Ke Merang


View Larger Map








Jarak dari Bandar Kuala Terengganu : 44 kilometer
Tarikan Berdekatan : Kawasan Perkelahan Bari
Pengangkutan : Bas, Teksi
Hotel : Merang Suria Resort, Merang Suria Spa and Resort






Saturday, June 12, 2010

Keindahan Lagun Marang, Tumpuan Jurukamera






Indah, Tenang dan Damai ... itulah ungkapan sesuai bagi mengambarkan keadaan tempat ini. Lokasi ini sentiasa menjadi pilihan jurugambar untuk mendapatkan photo pemandangan perkampungan nelayan.  Jelas masih terpelihara keadaannya sebagaiman 5 tahun dahulu. Di lagun ini anda boleh berkelah dan menikmati permandangan disungai yang jelas kelihatan pelbagai jenis kawan ikan berenang ditepian sungai. Selain dari itu terdapat bot-bot lama yang ditinggalkan mewujudkan suasana seperti era 70 - 80an.

Selain dari itu anda juga boleh melihat aktiviti nelayan seperti aktiviti membaiki bot, membaiki pukat dan membuat bubu tangkapan hasilan laut seperti ketam dan udang.

 








- Tarikan Berdekatan : Jeti Marang, Pasar Marang, Pantai Kelulut
- Kemudahan : Restoren, Bistro, Pondok Rehat,
- Penginapan : Hotel Seri Malaysia












Review Pantai : Pantai Batu Burok (Tak seumpama nama mu)



Kebiasaan apabila anak-anak boring kat rumah. Cadangan mutamad 'berkelah di Batu Burok'. Sememangnya ianya adalah tempat kegemaran kami sekeluaraga untuk berkelah dan bermain wau. Kadang kala jika ada perkhidmatan untuk menunggang kuda, Luqman dan Lutfi tidak akan melepaskan peluang untuk menunggangnya.

Kami sekeluarga walaupun orang Kuala Terengganu namun pernah beberapa kali berbuka puasa di Batu Burok. Dengan beralaskan tikar plastik, kami akan berbuka puasa secara bersahaja, makan sebagaiman hari biasa. Kebiasaanya keadaan di Pantai Batu Burok akan penuh dengan keluarga yang sedang berbuka puasa. Solat magrib, mudah. Masjid Ladang adalah masjid yang berdekatan dengan Pantai Batu Burok.







HOTEL                    : Hotel Primula, Batu Burok Beach Resort

MAKAN-MINUM  : Warung Pak Maidin, Deretan Taman Selera Batu Burok

SHOPPING             : ASTAKA






Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha