Sunday, May 2, 2010

Profail



Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25’ dengan 103.50’ dan garisan lintang 4 hingga 5.50’. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari Besut ke Kemaman. Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu dan dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu danBesut.

Pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di Negeri Terengganu.
Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah :
  • Kuala Terengganu : 60,654.3 hektar;
  • Kemaman : 253,559.9 hektar;
  • Dungun : 273,503.1 hektar;
  • Marang : 66,654.3 hektar;
  • Hulu Terengganu : 387,463.6 hektar;
  • Setiu : 130,436.3 hektar
  • Besut : 123,367.8 hektar.
Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang dan jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah kaum Melayu dan bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.
Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi negeri Terengganu ialah perikanan dan hasil petroleum pula menguatkan lagi ekonomi negeri Terengganu.


Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha