Sunday, July 4, 2010

Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Industri dan Pelancongan



Bagi saya Program SDSI adalah merupakan usaha Kerajaan Terengganu dalam meningkatkan Pembangunan Industri sesebuah daerah dan pada yang sama ianya juga membantu memajukan daerah itu dari segi Pelancongan. Sebagai contohnya SDSI di Duyong yang berkaitan dengan Pembinaan Bot Tradisional telah berjaya menarik kedatangan pelancong asing dan ianya telah di catat oleh Tourism Malaysia sebagai Lokasi Pelancongan.

  

Mari kita baca artikel di bawah yang saya baca dari laman web Yayasan Pembangunan Usahawan :-

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan salah satu usaha Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dalam meningkatkan pembangunan industri di negeri Terengganu mengikut sumber setempat yang perlu dimaju dan diketengahkan. Program ini dijangka akan dapat mempertingkatkan sosio ekonomi setempat melalui penglibatan dalam bidang pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan.


YPU berfungsi sebagai sekretariat bagi mengendali dan memantau pelaksanaan SDSI. Tujuh (7) daerah akan terlibat dalam pelaksanaan ini dengan sasaran seramai 14 usahawan tempatan akan diwujud dan dibangunkan setiap tahun dengan 2 usahawan bagi setiap daerah.


Fokus Pembangunan produk SDSI adalah berasaskan keupayaan sumber setempat di setiap daerah dan keupayaan kumpulan usahawan terbabit di daerah berkenaan. Perlaksanaan program SDSI diselaraskan dengan Rancangan Lima Tahun Negeri Terengganu, Kertas Kabinet ODOI dan juga Pelan Pembangunan IKS Negara.




Komponen Program SDSI Mengikut Daerah


Kuala Terengganu - T'Lekor, T'Dagang,  Batik & Songket, Tembaga, Bot
Marang  - Anyaman, Nira, Seafood
Dungun - Salak, Limau Madu
Kemaman - Otak-Otak, Lemang
Hulu Terengganu - Jagung, Ikan Patin, Ikan Kelah
Setiu - Cempedak, Nenas
Besut - Ukiran Kayu, Kerepek Pisang, Padi


Sumber :  http://www.ypu.com.my/?pr_content=52







Untuk keterangan lanjut, hubungi :


YM Tengku Khairi A. Rahman
Pengurus Pembangunan Usahawan
khairi@ypu.com.my

http://www.ypu.com.my/

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha