- Inklusif, Suara Rakyat Suara Keramat
Meraikan suara rakyat sebagai input dalam membangunkan negeri. Setiap
program pembangunan seharusnya mengikut apa yang dikehendaki oleh
rakyat, bukan apa yang dimahukan oleh pemimpin.
- Masjid dan Surau Sebagai Sumber Penyatuan
Terdapat lebih 400 buah masjid dan ratusan buah surau di Terengganu.
Sebuah masjid contoh akan dibina di setiap daerah bertujuan
memperluaskan lagi fungsi masjid sebagai sumber penyatuan masyarakat.
- Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera
Menggalakkan usaha menyubur pembinaan keluarga yang bahagia sebagai
asas kesejahteraan rakyat. Institusi kekeluargaan adalah unit terpenting
dalam pembinaan setiap masyarakat.
- Integriti, Bersih Dalaman Dan Luaran
Kebersihan membina persepsi terhadap Terengganu, positif atau negatif
dan ia adalah cerminan iman. Kebersihan dan persekitaran luaran
melambangkan budaya rakyat Terengganu. Kebersihan dalaman pula bermaksud
bersih dari sebarang bentuk gejala seperti rasuah, penyelewengan dan
ketirisan.
- Mesra Tapi Tegas
Senyuman dan tegur sapa memecah tembok persepsi yang menghalang
hubungan baik sesama manusia. Ia perlu lebih banyak senyum dan bertegur
sapa.
- Disiplin Kerja Yang Tinggi
Disiplin kerja menekankan soal konsisten atau kegigihan dan istiqamah. Penampilan dan kemahiran insan atau
soft skills juga boleh meningkatkan imej dan keyakinan kita serta kebolehpercayaan orang lain kepada kita bahawa kita boleh buat kerja.
- Seruan Perpaduan
Fokus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan serta mengelakkan
sebarang tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negeri
dan negara. Rakyat diseru mengeratkan lagi perpaduan melalui usaha dan
program yang di luar dari kebiasaan.
- Memperkasa Pendidikan
Antara inisiatif bagi memperkasa bidang pendidikan ialah:
Program Mensasarkan Sifar Lepasan SPM ke Universiti.
Penubuhan Sekolah Pondok Moden.
Program Peningkatan Bahasa Inggeris dan Matematik pelajar Lepasan SPM.
Penubuhan 3 buah Sekolah Menengah IMTIAZ baru di Marang, Setiu dan Kuala Nerus.
Pengenalan Program IGCSE (
International General Certificate for Secondary Education) bagi kemasukan pelajar terus ke Peringkat A Level.
Islamic Scienctist Program iaitu penajaan 3 pelajar hafiz IMTIAZ SPM
2014 ke universiti luar negara dalam bidang Aerospace Engineering
sehingga ke peringkat PhD.
Sumber : Teganukita.
0 comments:
Post a Comment