Dalam bulan September baru-baru ini saya telah berkunjung ke satu tempat yang popular di Geliga Kemaman iaitu Warung Pak Aziz Sata. Jika anda peminat sata atau otok-otak, anda patut cuba makan disini. Harga yang berpatutan serta keadaan kedai yang selesa dan bersih - menjadikan saya selalu memperkatakan tantang warung ini kepada rakan-rakan.
Selain dari itu, kedai ini juga menjual Ikan celup tepong, makan laut goreng serta air buah-buahan. Dari pemerhatiaan saya kedai ini sentiasa dikunjungi oleh orang luar secara berkumpulan. Setelah makan barulah kami menyedari yang kami telah memesan beberapa pinggan sata. Sebenarnya keluarga kami amat mengemari Sata dan Otak-Otak dan secara jujurnya Sata Pak Aziz memang sedap.
Jika anda berkunjung ke kampung Geliga, Kemaman atau melepasi Jalan untuk makan Sata di Warung Pak Aziz Sata, anda akan mendapati bahawa ada satu gerai yang menjual pelbagai batu karang dan cengkerang siput laut. Amat cantik sekali dan saya sendiri teruja untuk membelinya. Pemilik gerai berkenaan iaitu En Zulkifli Bin Hj Tuan Mat, memaklumkan bahawa batu karang yang dijual adalah bukan diambil dari mana-mana pulau tetapi adalah batu karang yang terletak pada pukat nelayan. Ada beberapa nelayan yang menjualkannya kepada beliau.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihat media seperti RTM selalu datang membuat wawancara dengan beliau tentang perihal batu karang ini. Anda boleh memilih jenis batu karang dan kulit siput dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat sila hubungi beliau di talian : 013 9544436
Jika anda melalui Jalan dari Kemaman ke Dungun, anda akan melalui satu Taman Rekreasi Taman Bakau Tinggi di tepi sungai Kemaman. Terdapat pelbagai kemudahan disini seperti laluan kayu yang membolehkan anda kawasan hutan bakau tersebut. Selain dari itu terdapat juga tempat permainan kanak-kanak, tempat rehat, serta tempat memacing di sepanjang sungai Kemaman.
Pantai Mak Nik atau juga dikenali sebagai Monica Bay - merupakan pantai yang terkenal di Kemaman. Berdekatan dengan Pusat Latihan Timur INTAN, ianya mengambil masa selama 5 minit jika anda memasuki sempadan Pahang-Terengganu.
Pantai ini sangat indah dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Taman permainan, Tandas awan, tempat perkelahan (Dapur BBQ juga ada) serta bererapa buah wakaf. Kedaan pantai disini sangat nyaman dan dinaungi oleh pepohon rhu yang menjamin keadaan yang mengasyikan. Pantai Mok Nik ini juga merupakan tempat penyu naik untuk bertelur. Inaya telah di warta sebagai pusat pendaratan penyu oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Jika anda berasa letih dalam perjalan ke Kuala Lumpur dan melalui Geliga, Kemaman, sila berehat di pantai yang indah ini.
Satu tempat di Kemaman yang tidak perlu diperkenalkan adalah Gerai Lemang Kemaman atau Gerai Lemang Kijal. Jika ada saudara mara sayang pulang dari Kuala Lumpur, mereka selalu singgah untuk membeli lemang Kijal ini. Lokasinya yang terletak di jalan utama jika anda ingin ke Kemamana atau Kuala Lumpur.
Harga yang ditawrkan adalah berpatutan iaitu 4 batang lemang yang bersaiz serdahana cuma berharga RM10. Rasanya amat enak sekali dan setiap gerai yang ada menjanjikan perbezaan rasanya. Selain dari lemang, digerai ini juga ada menjual Sata, air minuman dan makanan ringan.
Sebelum ini, Terengganu hanya mempunyai beberapa tempat sahaja untuk melihat haiwan-haiwan liar di Terengganu. Kalau dulunya di Sekayu, terdapat mini zoo yang hanya ada beberapa spesis sahaja. Sekarang ini, Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka satu mini zoo iaitu Mini Zoo Kemaman. Secara langsung, ianya memberi pengalaman serta ilmu pengetahuan kepada pelawat-pelawat yang datang ke zoo berkenaan. Anak kami sangat gembira dan mereka telah menyatakan hasrat mereka untuk datang melawat semula selepas ini.
Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Harga Tiket Di Kaunter Masuk Utama:
| HARGA | GOLONGAN |
| RM 5 | DEWASA |
| RM 3 | KANAK-KANAK 5 - 13 THN |
| RM 2 | KANAK-KANAK (UNIFORM SEKOLAH) |
| PERCUMA | KANAK-KANAK BWH 5 THN |
Harga Tiket Di Kaunter Gajah:
| HARGA | GOLONGAN |
| RM 20 | DEWASA |
| RM 10 | KANAK-KANAK |
Harga Tiket Di Kaunter Kolam:
| HARGA | GOLONGAN |
| RM 5 | KANAK-KANAK 6 THN KE ATAS |
| RM 3 | KANAK-KANAK 6 THN KE BWH |
Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman telah menerima dua ekor Harimau Malaya (
Panthera Tigris Jacksoni), yang disumbangkan oleh pihak Zoo Melaka pada 2 April 2010.
Kehadiran harimau ini dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke Mini Zoo ini. Semenjak 11 April 2009, mini zoo ini telah menerima seramai 114,000 pengunjung.
COURTNEY Spesis : Harimau Belang
Nama Saintifik : Panthera Tigris Jacksoni
Jantina : Betina
Tarikh lahir : 3 November 2003
Umur : 7 tahun
Sire : Sru Jaya (Kelantan)
Dam : Dungun (Terengganu) | CHIKO Spesis : Harimau Belang
Nama Saintifik : Panthera Tigris Jacksoni
Jantina : Jantan
Tarikh lahir : 14 Oktober 2008
Umur : 2 tahun
Sire : Dido (Paka, Terengganu)
Dam : Nicky (Johor) |
Tiket : RM10.00 (Dewasa)
: RM5.00 (Kanak-kanak)
: RM3.00 (Pelajar berpakaian seragam)
Untuk maklumat lanjut , sila akses ke :
http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/zoo
Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu
:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)