Sunday, May 2, 2010

Besut



Bendera Daerah Besut

Melambangkan pembangunan tanah dan insrastruktur teknologi tenaga




Daerah Besut merupakan salah satu daerah daripada 7 daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan Darul Naim. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar, terdiri daripada 5 buah pekan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dibahagikan kepada 5 kawasan mengikut sempadan pilihanraya. Daerah ini dikelilingi Laut Cina Selatan di sepanjang pantai Timur Lautnya dan ditunjangi Banjaran Titiwangsa di bahagian baratnya. Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila, Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak.

Jumlah penduduknya ialah seramai 118,058 (bancian 1991) yang terdiri daripada berbagai bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu, diikuti bangsa Cina dan lain-lain bangsa. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan nelayan.


Sejarah Daerah Besut

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu di mana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam. Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.



Link

Tempat Menarik
Pusat Penerangan

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha