Tahniah! Tahniah dan Tahniah! Ungkapan yang patut diucapkan kepada Negeri Terengganu atas kejayaan mengekalkan pencapian UPSR Terbaik Kebangsaan 2010. Ini bermakna Negeri Terengganu berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya dalam pencapaian UPSR selama 1 Dekad (Tahun 2000 hingga 2010).
Pujian harus di berikan kepada Semua Guru Sekolah Rendah dan Warga Jabatan Pelajaran Terengganu yang telah diketuai oleh beberapa Pengarah terbilang termasuk Tuan Pengarah - En Razali Bin Daud yang telah merangka dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dalam tempoh berkenaan.
Turut sama menyumbang kejayaan ini adalah Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak putus-putus membantu melonjakkan dan melestarikan pendidikan terbilang. Maju Terengganu maju...
ANUGERAH
Alhamdulillah, blog ini tempat tempat ke 4 dalam Pertandingan Terbuka Blog Pelancongan Negeri Terengganu dan mendapat hadiah sebanyak RM4000. Terima Kasih kepada semua.
Thank you Allah SWT.
Terima Kasih atas pandangan tuan/puan,
antaranya :-
Kebanyakan orang ramai mengetahui tentang perihal batu Bersurat Terengganu. Ianya sememangnya berkait rapat dengan pengaruh Islam di Terengganu pada zaman dahulu. Tahukah kita bahawa terdapat satu memorial penemuaan batu bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang. Memorial ini telah bina pada lokasi asal penemuan batu bersurat tersebut.
Masuk ke memorial ini adalah percuma. Jika anda berada dibandar Kuala Berang silalah kesini. Perjalanannya hanya mengambil masa 4 minit sahaja dari bandar Kuala Berang.
Satu tarikan terbaru yang menyelusuri Sungai Terengganu adalah Dataran Berkembar Warisan Kg Cina. Kerajaan Negeri Terengganu yang telah membangunkan kawasan ini seharusnya patut diberi pujian kepada kerajaan negeri atas usaha mempertingkatkan ekonomi melalui pelancongan.
Saya merasakan ianya akan menjadi satu destinasi pelancungan yang popular di Kuala terengganu. Satu laluan sungai yang dibina dan menyerupai sebagaimana laluan terusan di Eropah. Terdapat juga bot pelancongan yang menawarkan perkhidmatan bersiar-siar disepanjang sungai Terengganu.
- Terdapat 2 bot bagi perkhidmatan Bot Night River Cruise milik pengurusan Taman Tamadun Islam bagi menyelusuri sungai Terengganu.
- Tambang perkhidmatan ialah RM5 (dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak)
Dalam bulan September baru-baru ini saya telah berkunjung ke satu tempat yang popular di Geliga Kemaman iaitu Warung Pak Aziz Sata. Jika anda peminat sata atau otok-otak, anda patut cuba makan disini. Harga yang berpatutan serta keadaan kedai yang selesa dan bersih - menjadikan saya selalu memperkatakan tantang warung ini kepada rakan-rakan.
Selain dari itu, kedai ini juga menjual Ikan celup tepong, makan laut goreng serta air buah-buahan. Dari pemerhatiaan saya kedai ini sentiasa dikunjungi oleh orang luar secara berkumpulan. Setelah makan barulah kami menyedari yang kami telah memesan beberapa pinggan sata. Sebenarnya keluarga kami amat mengemari Sata dan Otak-Otak dan secara jujurnya Sata Pak Aziz memang sedap.
Jika anda berkunjung ke kampung Geliga, Kemaman atau melepasi Jalan untuk makan Sata di Warung Pak Aziz Sata, anda akan mendapati bahawa ada satu gerai yang menjual pelbagai batu karang dan cengkerang siput laut. Amat cantik sekali dan saya sendiri teruja untuk membelinya. Pemilik gerai berkenaan iaitu En Zulkifli Bin Hj Tuan Mat, memaklumkan bahawa batu karang yang dijual adalah bukan diambil dari mana-mana pulau tetapi adalah batu karang yang terletak pada pukat nelayan. Ada beberapa nelayan yang menjualkannya kepada beliau.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihat media seperti RTM selalu datang membuat wawancara dengan beliau tentang perihal batu karang ini. Anda boleh memilih jenis batu karang dan kulit siput dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat sila hubungi beliau di talian : 013 9544436
Kota Lama Duyong - adalah peninggalan rumah lama yang berada dalam kawasan yang dipanggil 'kota'. Kedudukan kota lama ini terletak berdekatan dengan tempat berlangsungnya Pertandingan Monson Cup. Kami terpanggil untuk ke sini setelah anak saya membaca tentangnya dari salah satu risalah pelancongan Terengganu. Beliau sentiasa menanyakan tentang kegunaan putih telur yang digunakan dalam pembinaan bahan konkrit rumah ini. Memang benar - Putih Telur digunakan sebagai pengganti simen dan ianya digunakan bersama pasir, madu, batu kecil serta tanah liat.
Kedudukannya yang cuma 7 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Ianya mempunyai 9 bumbung utama yang bersambung-sambung dengan bahagian lain seperti bahagian dapur, bilik mandi, berenda. Reka bentuknya seumpama Istana kecil Raja Melayu. Jika melihat pagar konkrit dan tiangnya, ianya memperlihatkan seni bina Mesir. Anda pasti teruja melihat pelbagai ukiran kayu yang pelbagai bentuk.
Bayaran masuk adalah percuma. Anda akan dibantu oleh seorang pegawai muzium yang bertugas memberi penerangan tentang rumah ini. Setengah peralatan seperti dapur, pinggan dan mangkuk tembikar lama masih ada disitu. Di bina pada 1929 dan siap pada 1930 oleh seorang Hakim iaitu Dato Bija Sura (Nik Muhammad bin Husin)
Kadang kala terasa seram juga.. rumah lama. Mungkin masa lawatan kami agak lewat petang.....
Dibina oleh : Hakim Dato Bija Sura Nik Muhammad Bin Husin
Tahun Pembinaan : 1929
Bahan Binaan : Putih Telur, Madu, Pasir, Batu Kelikir dan Tanah Liat
Seni Bina : Melayu dan Mesir
Tarikan Terdekat : Tapak Pertandingan Kapal Layar Moonson Cup, Perusahaan Membuat Bot Tradisional
Makan Minum : Air Gelas Besar Seberang Takir
Hotel : Hotel Riaz
Kemudahaan : Tandas Awam
Maklumat Lanjut:-
Pegawai Bertugas - Kota Duyong
Muzium negeri Terengganu
Bukit Losong, Terengganu
No Tel : 09-6221444
Tourist Information Center
Jalan Zainal Abidin
20000 Kuala terengganu
Tel : 609 6221553
Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu
:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)