Monday, October 20, 2014

KUALA NERUS : Sebuah Daerah Baru Bakal Diwujudkan Di Terengganu







KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Terengganu melalui satu lagi detik bersejarah dengan pengumuman Kuala Nerus sebagai satu daerah baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memenuhi harapan negeri dan rakyat sekian lama.
Menurut Najib, kerajaan berpendapat memang sudah sampai masanya mukim itu menjadi daerah kelapan bagi negeri ini sejajar dengan kepesatan pembangunan setempat, keluasan kawasan dan kepadatan penduduk.

Beliau membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu semasa berucap menyempurnakan majlis Pecah Tanah Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.
Katanya, pengumuman itu tentunya menjadikan hari ini istimewa dan bersejarah bagi rakyat negeri itu, khususnya di Kuala Nerus kerana bakal turut mendapat manfaat yang cukup besar daripada pelbagai kemudahan yang disediakan.

"Saya ingin umumkan bahawa kerajaan telah menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah baharu, yang kelapan bagi negeri ini. Ini pengumuman bersejarah. Penduduk Kuala Nerus bukan sahaja mendapat hospital tetapi juga daerah baharu.

"Ini hari yang istimewa kepada penduduk. Terima Kasih kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dengan wajah Terengganu baharunya, dengan perancangan yang membawa pembangunan dan kemajuan bagi negeri,'' ujarnya.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas pengumuman Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang besar maknanya bagi rakyat.
Ahmad Razif dalam satu kenyataan berkata, pengumuman daerah kelapan itu amat dinantikan oleh lebih daripada 200,000 penduduk di Kuala Nerus.

"Pembangunan pesat di Kuala Nerus membuktikan bahawa kawasan itu dan penduduknya layak berada dalam sebuah daerah baharu," katanya. Cadangan untuk menjadikan mukim Kuala Nerus sebagai daerah yang baharu kedengaran sejak sedekad lalu dan beberapa tahun kebelakangan ini usaha ke arah pelaksanaannya digerakkan secara terancang.



Monday, August 25, 2014

Kurma Berbuah Di Terengganu..




Trend menanam buah kurma bukanlah baru di kalangan masyarakat di luar negara-negara Arab.
Di negara kita kini sebenarnya sudah ada di tanam di Perlis, Melaka, bahkan di Besut (Masid Ulul Al Bab)  Kemaman (Centre Point)  dan Wakaf Temesu Kuala Nerus Terengganu pun sudah ada buah kurma yang berbuah.

Dalam Al Quran lebih 20 kali disebut tentang kurma ini. Di dalam kitab perubatan Islam pun diulangi dan diulangi tentang kebaikannya. Sudah tentunya ada terlalu banyak keistimewaan buah kegemaran Nabi Muhammad s.a.w

Kurma adalah yang terbaik dimakan seperti yang disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran selain dari madu dan halwa. Kurma sangat tinggi zatnya, dengan kandungan gula ringkas yang lebih mudah hadam berbanding dengan mana-mana buah lain.
Terdapat bermacam-macam jenis buah kurma dan dimakan mengikut pelbagai peringkat.
Kurma diklasifikasikan mengikut peringkat-peringkat berikut:
Peringkat pertama, belum masak : Busr atau hababouk (paling awal), khimri atau jimri
Peringkat kedua, separa masak atau hampir masak tetapi masih keras :khalal atau balah
Peringkat ketiga, ranum : rutab
Peringkat keempat, masak dan keringtamar
Dikatakan yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w ialah peringkat ketiga iaitu Rutab dan dari jenis Ajwa.

Di peringkat dunia bukan Islam di Thailand (Chiangmai) terdapat ladang kurma dan juga di Mueng Nakhon Bangkok ada membekal semaian tanaman kurma ini. Kajian menunjukkan juga, kurma boleh ditanam di tanah yang berpaya. Di Amerika (California), industri kurma sudah bermula sejak 1890 lagi, bahkan setiap tahun diadakan pesta kurma di sana iatu di Mecca Village. Manakala inovasi penyelidikan tanaman Kurma dunia baru-baru ini di menangi oleh negara Australia. Di China, di Taman Pertaniannya di tanam kurma dengan kerjasama Algeria yang dilaporkan berbuah pada Februari lalu.

Kurma yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah.
Khasiat dan kegunaan sudah terbukti secara saintifik.
Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ia amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0%  dan gula 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.
Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Di negara China sejumlah hampir 5 000 hektar, Amerika 2,226 hektar ditanam kurma. Malaysia mengimport 15,000 tan kurma setahun (perangkaan 2010) membabitkan 20.9 juta US dollar. Setandan kurma boleh mencapai 120 kilo dan bayangkanlah kalau harga sekilo kurma hidup itu paling rendah RM40 atau RM50 sekilo.

Sumber : http://teganukita.my/tanaman-kurma-bukan-hak-milik-negeri-dan-negara-tertentu-sahaja/




Friday, May 16, 2014

Menteri Besar Terengganu Yang Baru Mula Bertugas




Menteri Besar Terengganu yang baharu, YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman memulakan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu pada 7.45 pagi 15 Mei 2014 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah.

Sumber : http://www.penerangan.gov.my/index.php/bm/galeri-foto/359-menteri-besar-terengganu-yang-baru-mula-bertugas




Friday, November 22, 2013

Kuliah Magrib : Bahaya dan Penyeleweng Syiah


23 Nov 2013 - Masjid Muktafi Billah Syah akan mengadakan Kuliah Magrib bertajuk Bahaya Dan Penyelewangan Syiah pada selepas solat Magrib. Kuliah akan disampaikan oleh Yg Berbahagia Datuk Abu Hasan Din Al Hafiz. Jom hadir...


Bicara Ilmuwan : Jadikan Solat Sebagai Penolong kamu


Masjid Ladang atau Masjid Al Muktafi Billah Shah akan mengadakan Majlis ilmu tentang solat bahagian ke 2. Ceramah disampaikan oleh Tuan Guru Datul Abu Hasan Din Al Hafiz pada 23 Nov 2013(Sabtu) bermula pada pukul 9.00pagi - 1.00 tghri. Semua dijemput hadir.


Monday, October 21, 2013

BENGKEL PEMANTAPAN SOLAT OKT 2013







Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu sekali lagi menganjurkan program untuk bulan Oktober. Sejajar dengan sambutan Hari Raya Korban/Haji kali ini dibawakan untuk semua (penyertaan PERCUMA) yang berminat untuk memperbaiki solat atau menambahbaik solat anda bolehlah menyertai bengkel ini.

TARIKH : 25 OKTOBER 2013
TEMPAT : MASJID SULTAN ISMAIL (MASJID RAJA) CHENDERING
WAKTU : 8.00 PAGI HINGGA SEBELUM SOLAT JUMAAT
PENYERTAAN : PERCUMA & TERBUKA kepada semua.

Modul adalah seperti yang tertera pada poster. Sila hubungi cik Nik Haslinda untuk mendaftar nama agar bengkel berlangsung dengan lancar. Untuk sebaran umum, SHARE bengkel ini pada semua. Terima kasih dan selamat menimba ilmu utk akhirat dan dunia. Wslm. Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu.


Monday, September 2, 2013

TERENGGANU - BANDARAYA MINI DUBAI





KUALA TERENGGANU,  -- Pembangunan Bandar Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air umpama "Mini Dubai'' dijangka siap 10 tahun akan datang menerusi pembangunan pelbagai projek berimpak tinggi, antaranya Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTCC) yang diterajui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata projek itu akan dibangunkan di pintu masuk muara utara dan muara selatan membabitkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM7 bilion.

"Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM5 bilion di muara utara dan RM2 bilion di muara selatan yang meliputi pusat gaya hidup bersepadu, pusat komersil serta hab pendidikan dan kesihatan. "Projek Mini Dubai ini dimulakan di muara selatan dengan fasa pertama pembinaan KTCC Mall yang dijangka siap pada hujung tahun 2014 serta sebuah hotel yang mempunyai 250 bilik dan dua menara yang menempatkan suite perniagaan dijangka siap dalam tiga tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek KTCC Mall di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John serta Datuk Bandar Datuk Adzlan Mohd Dagang.


 
AHMAD-KTCC 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Katanya sebuah jambatan angkat iaitu KTCC Drawbridge juga akan dibina bagi menghubungkan tanjung di muara utara dan muara selatan dan tendernya dijangka dikeluarkan pada Jun ini. Ahmad berkata rakyat Terengganu bukan sahaja sudah bersedia menerima limpahan kepesatan pembangunan, malah turut ternanti-nantikan pembinaan kompleks beli-belah yang dilengkapi pelbagai kemudahan hiburan dan riadah seperti arena boling 48 lorong dan sebuah panggung wayang yang mempunyai 10 skrin teater.

Katanya kewujudan pusat riadah dan beli-belah akan memudahkan penduduk sekitar dengan tidak lagi perlu pergi ke tempat lain untuk beriadah dan membeli-belah seperti sebelum ini iaitu ke Mesra Mall di Kemanan atau ke Kuantan dan Kuala Lumpur. Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Besar berkata pembangunan KTCC akan menggabungkan warisan seni bina Terengganu dengan pembangunan pusat komersil dan kediaman baharu yang akan merubah wajah pesisir air bandar ini dan mewujudkan peluang perniagaan kepada masyarakat setempat. Katanya pembangunan KTCC juga akan melonjakkan kedudukan bandar Kuala Terengganu sebagai Gerbang Pelancongan Pantai Timur yang menawarkan pelbagai destinasi pelancongan, pusat riadah dan perniagaan yang menarik untuk pelawat.


-- BERNAMA 14 Mac
AEO PNIH AEO RHM


Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha