Sunday, August 1, 2010

Perusahaan Tradisi Pembuatan Sarung Keris




Kampung Ladang merupakan kampung yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Yang menjadikan ianya unik ialah, terdapat pelbagai perusahaan tradisional yang ada sini. Kalau dahulu saya pernah postkan artikel tentang perusahaan Tembaga di Kampung Ladang. Kali ini kita melihat pesusahaan membuat keris khususnya sarung Keris.

Di kampung Ladang terdapat satu tempat yang dipanggil sebagai 'Perkampungan Keris'. Perkampung Keris ini di terajui oleh orang kuatnya iaitu  "Che Eilr". Diantara pengusaha sarung Keris di Kampung Ladang adalah Wan Razali Bin Wan Abu Bakar. Beliau merupakan seorang yang sangat mahir kerja pembuatan sarung keris. Beliau memulakan kariernya bermula zaman kanak-kanak lagi. Tidak seperti tukang pembuat sarung lain, beliau masih menggunakan peralatan pembuatan tradisional seperti dokok, larek, dan lain-lain.

Proses pembuatan bermula dari proses mengerat atau membelah bongkah pokok kayu kepada saiz yang kecil. Selepas itu barulah kerja-kerja pembuatan dibuat bermula dari hulunya hingga ke sarung keris. Mata keris biasanya ditempah dari tukang mata keris. Selepas prose pembuatan sarung keris siap, ianya akan disapu dengan varnis.

Selain dari membuat sarung keris biasa, beliau juga mengambil tempahan membuat sarung dan tempahan membaiki sarung keris. Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi En Wan Razali Bin Wan Abu Bakar - 017 9738735.
















Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha