Saturday, February 4, 2017

KT Walk... Hari Pertama

Posted On 4:12 PM by Terengganuku... 0 comments



Pusat Bandaraya Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap `bandar mati’ oleh segelintir pihak.dijangka akan kembali meriah apabila Pasar Malam KT Walk yang akan beroperasi setiap Jumaat, bermula 24 April ini. Pasar malam di Jalan Ismail, Kuala Terengganu terlibat mula ditutup kepada orang ramai bermula jam 3 petang bagi memudahkan peniaga membuat persiapan tempat sebelum perniagaan bermula dari jam 5.00 petang dan berakhir jam 12.00 tengah malam.

Kawasan yang terlibat sepanjang 500 meter dari bangunan Menara PMINT sehingga Tabung Haji.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata seramai 100 peniaga tempatan akan terlibat menjual produk seperti makanan tradisional Terengganu, produk asas tani, pakaian, barangan cenderahati dan kraftangan. Katanya, sekiranya mendapat sambutan luar jangkaan, jumlah peniaga akan ditambah dan tempoh perniagaan dilanjutkan sehingga jam 3.00 pagi.

“Pada masa sama lokasi akan diperluaskan bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah. “MBKT percaya apa yang dilaksana itu mendapat sambutan berikutan tiada pasar malam seumpama itu di Terengganu, selain berada di tempat strategik dan tumpuan ramai,”katanya.

Menurut Mohamad Kamil, pelbagai kelainan ditampilkan, termasuk mempelawa pengusaha nasi dagang, keropok lekor, satar dan `otok-otok’ berniaga di lokasi sama.. “Orang ramai pasti menggemarinya kerana tidak perlu mencari lokasi lain untuk makan atau minum.

“Kita akan memastikan harga yang ditawarkan berpatutan supaya sepadan dengan kadar sewa yang dikenakan, hanya RM5 bagi setiap tapak,”katanya kepada pemberita pada sidang media, di pejabat MBKT, hari ini. Katanya, setiap peniaga akan dibekalkan tong sampah bagi memastikan kawasan masing-masing terjaga dan kekal bersih setiap masa.

“Kita juga akan menempatkan beberapa pengawal keselamatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepanjang operasi,”katanya. Tambahnya, aktiviti dan persembahan kebudayaan turut dianjurkan antaranya tarian tradisional Terengganu; malam kesenian islam; demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon, street Soccer.
Katanya, orang ramai boleh meletak kenderaan masing-masing di tempat letak kenderaan di Jalan Batas Baru, PB Square dan tapak stesen teksi lama.




Monday, April 20, 2015

Apa Itu TTB : Tranformasi Terengganu Baru.

Posted On 5:55 PM by Terengganuku... 0 comments




MB 128
  1. Inklusif, Suara Rakyat Suara Keramat
Meraikan suara rakyat sebagai input dalam membangunkan negeri. Setiap program pembangunan seharusnya mengikut apa yang dikehendaki oleh rakyat, bukan apa yang dimahukan oleh pemimpin.
  1. Masjid dan Surau Sebagai Sumber Penyatuan
Terdapat lebih 400 buah masjid dan ratusan buah surau di Terengganu. Sebuah masjid contoh akan dibina di setiap daerah bertujuan memperluaskan lagi fungsi masjid sebagai sumber penyatuan masyarakat.
MB 014
  1. Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera
Menggalakkan usaha menyubur pembinaan keluarga yang bahagia sebagai asas kesejahteraan rakyat. Institusi kekeluargaan adalah unit terpenting dalam pembinaan setiap masyarakat.
  1. Integriti, Bersih Dalaman Dan Luaran
Kebersihan membina persepsi terhadap Terengganu, positif atau negatif dan ia adalah cerminan iman. Kebersihan dan persekitaran luaran melambangkan budaya rakyat Terengganu. Kebersihan dalaman pula bermaksud bersih dari sebarang bentuk gejala seperti rasuah, penyelewengan dan ketirisan.
MB 162
  1. Mesra Tapi Tegas
Senyuman dan tegur sapa memecah tembok persepsi yang menghalang hubungan baik sesama manusia. Ia perlu lebih banyak senyum dan bertegur sapa.
  1. Disiplin Kerja Yang Tinggi
Disiplin kerja menekankan soal konsisten atau kegigihan dan istiqamah. Penampilan dan kemahiran insan atau soft skills juga boleh meningkatkan imej dan keyakinan kita serta kebolehpercayaan orang lain kepada kita bahawa kita boleh buat kerja.
MB 173
  1. Seruan Perpaduan
Fokus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negeri dan negara. Rakyat diseru mengeratkan lagi perpaduan melalui usaha dan program yang di luar dari kebiasaan.
MB 129
  1. Memperkasa Pendidikan
Antara inisiatif bagi memperkasa bidang pendidikan ialah:
Program Mensasarkan Sifar Lepasan SPM ke Universiti.
Penubuhan Sekolah Pondok Moden.
Program Peningkatan Bahasa Inggeris dan Matematik pelajar Lepasan SPM.
Penubuhan 3 buah Sekolah Menengah IMTIAZ baru di Marang, Setiu dan Kuala Nerus.
Pengenalan Program IGCSE (International General Certificate for Secondary Education) bagi kemasukan pelajar terus ke Peringkat A Level.
Islamic Scienctist Program iaitu penajaan 3 pelajar hafiz IMTIAZ SPM 2014 ke universiti luar negara dalam bidang Aerospace Engineering sehingga ke peringkat PhD.



Sumber : Teganukita.


Tuesday, March 31, 2015

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu sedang dibaiki.

Posted On 6:09 PM by Terengganuku... 1 comments





Isu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu yang telah 6 tahun tidak dapat digunakan bakal berakhir apabila kerja-kerja pembaikian telah hampir siap dan dijangka dapat digunakan semula pada April 2015. Pembaikian ini melibatkan kerja-kerja pemulihan seperti tempat duduk, padang bola, lampu limpah baru dan pelbagai komponen yang lain.

http://upen.terengganu.gov.my/index.php/berita-galeri/berita/186-pembaikian-stadium-sultan-zainal-abidin-hampir-siap


Monday, October 20, 2014

KUALA NERUS : Sebuah Daerah Baru Bakal Diwujudkan Di Terengganu

Posted On 7:09 PM by Terengganuku... 9 comments






KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Terengganu melalui satu lagi detik bersejarah dengan pengumuman Kuala Nerus sebagai satu daerah baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memenuhi harapan negeri dan rakyat sekian lama.
Menurut Najib, kerajaan berpendapat memang sudah sampai masanya mukim itu menjadi daerah kelapan bagi negeri ini sejajar dengan kepesatan pembangunan setempat, keluasan kawasan dan kepadatan penduduk.

Beliau membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu semasa berucap menyempurnakan majlis Pecah Tanah Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.
Katanya, pengumuman itu tentunya menjadikan hari ini istimewa dan bersejarah bagi rakyat negeri itu, khususnya di Kuala Nerus kerana bakal turut mendapat manfaat yang cukup besar daripada pelbagai kemudahan yang disediakan.

"Saya ingin umumkan bahawa kerajaan telah menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah baharu, yang kelapan bagi negeri ini. Ini pengumuman bersejarah. Penduduk Kuala Nerus bukan sahaja mendapat hospital tetapi juga daerah baharu.

"Ini hari yang istimewa kepada penduduk. Terima Kasih kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dengan wajah Terengganu baharunya, dengan perancangan yang membawa pembangunan dan kemajuan bagi negeri,'' ujarnya.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas pengumuman Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang besar maknanya bagi rakyat.
Ahmad Razif dalam satu kenyataan berkata, pengumuman daerah kelapan itu amat dinantikan oleh lebih daripada 200,000 penduduk di Kuala Nerus.

"Pembangunan pesat di Kuala Nerus membuktikan bahawa kawasan itu dan penduduknya layak berada dalam sebuah daerah baharu," katanya. Cadangan untuk menjadikan mukim Kuala Nerus sebagai daerah yang baharu kedengaran sejak sedekad lalu dan beberapa tahun kebelakangan ini usaha ke arah pelaksanaannya digerakkan secara terancang.



Monday, August 25, 2014

Kurma Berbuah Di Terengganu..

Posted On 6:54 PM by Terengganuku... 1 comments



Trend menanam buah kurma bukanlah baru di kalangan masyarakat di luar negara-negara Arab.
Di negara kita kini sebenarnya sudah ada di tanam di Perlis, Melaka, bahkan di Besut (Masid Ulul Al Bab)  Kemaman (Centre Point)  dan Wakaf Temesu Kuala Nerus Terengganu pun sudah ada buah kurma yang berbuah.

Dalam Al Quran lebih 20 kali disebut tentang kurma ini. Di dalam kitab perubatan Islam pun diulangi dan diulangi tentang kebaikannya. Sudah tentunya ada terlalu banyak keistimewaan buah kegemaran Nabi Muhammad s.a.w

Kurma adalah yang terbaik dimakan seperti yang disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran selain dari madu dan halwa. Kurma sangat tinggi zatnya, dengan kandungan gula ringkas yang lebih mudah hadam berbanding dengan mana-mana buah lain.
Terdapat bermacam-macam jenis buah kurma dan dimakan mengikut pelbagai peringkat.
Kurma diklasifikasikan mengikut peringkat-peringkat berikut:
Peringkat pertama, belum masak : Busr atau hababouk (paling awal), khimri atau jimri
Peringkat kedua, separa masak atau hampir masak tetapi masih keras :khalal atau balah
Peringkat ketiga, ranum : rutab
Peringkat keempat, masak dan keringtamar
Dikatakan yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w ialah peringkat ketiga iaitu Rutab dan dari jenis Ajwa.

Di peringkat dunia bukan Islam di Thailand (Chiangmai) terdapat ladang kurma dan juga di Mueng Nakhon Bangkok ada membekal semaian tanaman kurma ini. Kajian menunjukkan juga, kurma boleh ditanam di tanah yang berpaya. Di Amerika (California), industri kurma sudah bermula sejak 1890 lagi, bahkan setiap tahun diadakan pesta kurma di sana iatu di Mecca Village. Manakala inovasi penyelidikan tanaman Kurma dunia baru-baru ini di menangi oleh negara Australia. Di China, di Taman Pertaniannya di tanam kurma dengan kerjasama Algeria yang dilaporkan berbuah pada Februari lalu.

Kurma yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah.
Khasiat dan kegunaan sudah terbukti secara saintifik.
Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ia amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0%  dan gula 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.
Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Di negara China sejumlah hampir 5 000 hektar, Amerika 2,226 hektar ditanam kurma. Malaysia mengimport 15,000 tan kurma setahun (perangkaan 2010) membabitkan 20.9 juta US dollar. Setandan kurma boleh mencapai 120 kilo dan bayangkanlah kalau harga sekilo kurma hidup itu paling rendah RM40 atau RM50 sekilo.

Sumber : http://teganukita.my/tanaman-kurma-bukan-hak-milik-negeri-dan-negara-tertentu-sahaja/




Friday, May 16, 2014

Menteri Besar Terengganu Yang Baru Mula Bertugas

Posted On 5:13 PM by Terengganuku... 0 comments



Menteri Besar Terengganu yang baharu, YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman memulakan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu pada 7.45 pagi 15 Mei 2014 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah.

Sumber : http://www.penerangan.gov.my/index.php/bm/galeri-foto/359-menteri-besar-terengganu-yang-baru-mula-bertugas




Friday, November 22, 2013

Kuliah Magrib : Bahaya dan Penyeleweng Syiah

Posted On 5:24 PM by Terengganuku... 0 comments

23 Nov 2013 - Masjid Muktafi Billah Syah akan mengadakan Kuliah Magrib bertajuk Bahaya Dan Penyelewangan Syiah pada selepas solat Magrib. Kuliah akan disampaikan oleh Yg Berbahagia Datuk Abu Hasan Din Al Hafiz. Jom hadir...


Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha