Monday, September 2, 2013

TERENGGANU - BANDARAYA MINI DUBAI





KUALA TERENGGANU,  -- Pembangunan Bandar Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air umpama "Mini Dubai'' dijangka siap 10 tahun akan datang menerusi pembangunan pelbagai projek berimpak tinggi, antaranya Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTCC) yang diterajui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata projek itu akan dibangunkan di pintu masuk muara utara dan muara selatan membabitkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM7 bilion.

"Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM5 bilion di muara utara dan RM2 bilion di muara selatan yang meliputi pusat gaya hidup bersepadu, pusat komersil serta hab pendidikan dan kesihatan. "Projek Mini Dubai ini dimulakan di muara selatan dengan fasa pertama pembinaan KTCC Mall yang dijangka siap pada hujung tahun 2014 serta sebuah hotel yang mempunyai 250 bilik dan dua menara yang menempatkan suite perniagaan dijangka siap dalam tiga tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek KTCC Mall di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John serta Datuk Bandar Datuk Adzlan Mohd Dagang.


 
AHMAD-KTCC 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Katanya sebuah jambatan angkat iaitu KTCC Drawbridge juga akan dibina bagi menghubungkan tanjung di muara utara dan muara selatan dan tendernya dijangka dikeluarkan pada Jun ini. Ahmad berkata rakyat Terengganu bukan sahaja sudah bersedia menerima limpahan kepesatan pembangunan, malah turut ternanti-nantikan pembinaan kompleks beli-belah yang dilengkapi pelbagai kemudahan hiburan dan riadah seperti arena boling 48 lorong dan sebuah panggung wayang yang mempunyai 10 skrin teater.

Katanya kewujudan pusat riadah dan beli-belah akan memudahkan penduduk sekitar dengan tidak lagi perlu pergi ke tempat lain untuk beriadah dan membeli-belah seperti sebelum ini iaitu ke Mesra Mall di Kemanan atau ke Kuantan dan Kuala Lumpur. Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Besar berkata pembangunan KTCC akan menggabungkan warisan seni bina Terengganu dengan pembangunan pusat komersil dan kediaman baharu yang akan merubah wajah pesisir air bandar ini dan mewujudkan peluang perniagaan kepada masyarakat setempat. Katanya pembangunan KTCC juga akan melonjakkan kedudukan bandar Kuala Terengganu sebagai Gerbang Pelancongan Pantai Timur yang menawarkan pelbagai destinasi pelancongan, pusat riadah dan perniagaan yang menarik untuk pelawat.


-- BERNAMA 14 Mac
AEO PNIH AEO RHM


Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha