Friday, November 12, 2010

Tahniah Terengganu - 1 Dekad UPSR Terbaik




Tahniah! Tahniah dan Tahniah! Ungkapan yang patut diucapkan kepada Negeri Terengganu atas kejayaan mengekalkan pencapian UPSR Terbaik Kebangsaan 2010. Ini bermakna Negeri Terengganu berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya dalam pencapaian UPSR selama 1 Dekad (Tahun 2000 hingga 2010).

Pujian harus di berikan kepada Semua Guru Sekolah Rendah dan Warga Jabatan Pelajaran Terengganu yang telah diketuai oleh beberapa Pengarah terbilang termasuk Tuan Pengarah - En Razali Bin Daud yang telah merangka dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dalam tempoh berkenaan. 

Turut sama menyumbang kejayaan ini adalah Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak putus-putus membantu melonjakkan dan melestarikan pendidikan terbilang. Maju Terengganu maju...



Friday, November 5, 2010

Anugerah Pencapaian Blog Ini



ANUGERAH


Alhamdulillah, blog ini tempat tempat ke 4 dalam Pertandingan Terbuka Blog Pelancongan Negeri Terengganu dan mendapat hadiah sebanyak RM4000. Terima Kasih kepada semua.
Thank you Allah SWT.



Terima Kasih atas pandangan tuan/puan,
antaranya :-



Thursday, September 30, 2010

Mengenali Tapak Asal Penemuan Batu Bersurat



Kebanyakan orang ramai mengetahui tentang perihal batu Bersurat Terengganu. Ianya sememangnya berkait rapat dengan pengaruh Islam di Terengganu pada zaman dahulu. Tahukah kita bahawa terdapat satu memorial penemuaan batu bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang. Memorial ini telah bina pada lokasi asal penemuan batu bersurat tersebut.

Masuk ke memorial ini adalah percuma. Jika anda berada dibandar Kuala Berang silalah kesini. Perjalanannya hanya mengambil masa 4 minit sahaja dari bandar Kuala Berang.









Keunikan dan Tarikan Baru di Kuala Terengganu



 
Satu tarikan terbaru yang menyelusuri Sungai Terengganu adalah Dataran Berkembar Warisan Kg Cina. Kerajaan Negeri Terengganu yang telah membangunkan kawasan ini seharusnya patut diberi pujian kepada kerajaan negeri atas usaha mempertingkatkan ekonomi melalui pelancongan.

Saya merasakan ianya akan menjadi satu destinasi pelancungan yang popular di Kuala terengganu. Satu laluan sungai yang dibina  dan menyerupai sebagaimana laluan terusan di Eropah. Terdapat juga bot pelancongan yang menawarkan perkhidmatan bersiar-siar disepanjang sungai Terengganu.












- Terdapat 2 bot bagi perkhidmatan Bot Night River Cruise milik pengurusan Taman Tamadun Islam bagi menyelusuri sungai Terengganu.
- Tambang perkhidmatan ialah RM5 (dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak)









Keenakan Sata di Warung Pak Aziz Sata (Kemaman)


Dalam bulan September baru-baru ini saya telah berkunjung ke satu tempat yang popular di Geliga Kemaman iaitu Warung Pak Aziz Sata. Jika anda peminat sata atau otok-otak, anda patut cuba makan disini. Harga yang berpatutan serta keadaan kedai yang selesa dan bersih - menjadikan saya selalu memperkatakan tantang warung ini kepada rakan-rakan.

Selain dari itu, kedai ini juga menjual Ikan celup tepong, makan laut goreng serta air buah-buahan. Dari pemerhatiaan saya kedai ini sentiasa dikunjungi oleh orang luar secara berkumpulan. Setelah makan barulah kami menyedari yang kami telah memesan beberapa pinggan sata. Sebenarnya keluarga kami amat mengemari Sata dan Otak-Otak dan secara jujurnya Sata Pak Aziz memang sedap.














Kecantikan Batu Karang (Kemaman)



Jika anda berkunjung ke kampung Geliga, Kemaman atau melepasi Jalan untuk makan Sata di Warung Pak Aziz Sata, anda akan mendapati bahawa ada satu gerai yang menjual pelbagai batu karang dan cengkerang siput laut. Amat cantik sekali dan saya sendiri teruja untuk membelinya. Pemilik gerai berkenaan iaitu En Zulkifli Bin Hj Tuan Mat, memaklumkan bahawa  batu karang yang dijual adalah bukan diambil dari mana-mana pulau tetapi adalah batu karang yang terletak pada pukat nelayan. Ada beberapa nelayan yang menjualkannya kepada beliau.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihat media seperti RTM selalu datang membuat wawancara dengan beliau tentang perihal batu karang ini. Anda boleh memilih jenis batu karang dan kulit siput dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat sila hubungi beliau di talian : 013 9544436





















Kota Lama Duyong




Kota Lama Duyong - adalah peninggalan rumah lama yang berada dalam kawasan yang dipanggil 'kota'. Kedudukan kota lama ini terletak berdekatan dengan tempat berlangsungnya Pertandingan Monson Cup. Kami terpanggil untuk ke sini setelah anak saya membaca tentangnya dari salah satu risalah pelancongan Terengganu. Beliau sentiasa menanyakan tentang kegunaan putih telur yang digunakan dalam pembinaan bahan konkrit rumah ini. Memang benar - Putih Telur digunakan sebagai pengganti simen dan ianya digunakan bersama pasir, madu, batu kecil serta tanah liat.

Kedudukannya yang cuma 7 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Ianya mempunyai 9 bumbung utama yang bersambung-sambung dengan bahagian lain seperti bahagian dapur, bilik mandi, berenda. Reka bentuknya seumpama Istana kecil Raja  Melayu. Jika melihat pagar konkrit dan tiangnya, ianya memperlihatkan  seni bina Mesir. Anda pasti teruja melihat pelbagai ukiran kayu yang pelbagai bentuk.

Bayaran masuk adalah percuma. Anda akan dibantu oleh seorang pegawai muzium yang bertugas memberi penerangan tentang rumah ini. Setengah peralatan seperti dapur, pinggan dan mangkuk tembikar lama masih ada disitu. Di bina pada 1929 dan siap pada 1930 oleh seorang Hakim iaitu Dato Bija  Sura (Nik Muhammad bin Husin)

Kadang kala terasa seram juga.. rumah lama. Mungkin masa lawatan kami agak lewat petang.....


 










Dibina oleh : Hakim Dato Bija Sura Nik Muhammad Bin Husin
Tahun Pembinaan : 1929
Bahan Binaan : Putih Telur, Madu, Pasir, Batu Kelikir dan Tanah Liat
Seni Bina : Melayu dan Mesir


Tarikan Terdekat : Tapak Pertandingan Kapal Layar Moonson Cup, Perusahaan Membuat Bot Tradisional
Makan Minum :  Air Gelas Besar Seberang Takir
Hotel : Hotel Riaz
Kemudahaan : Tandas Awam

Maklumat Lanjut:-
Pegawai Bertugas - Kota Duyong
Muzium negeri Terengganu
Bukit Losong, Terengganu
No Tel : 09-6221444


Tourist Information Center
Jalan Zainal Abidin
20000 Kuala terengganu
Tel : 609 6221553





Taman Pertanian Sekayu : Rekreasi dan Pertanian



Taman Pertanian Sekayu terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ianya mempunyai 2 fungsi utama iaitu tempat rekreasi dan taman pertanian dan juga tempat kajian bagi projek pertanian. Jaraknya kira-kira 52 kilometer dari Kuala Terengganu dan 15 kilometer dari Kuala Berang. Taman Pertanian Sekayu merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan kira-kira 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di Taman Pertanian Sekayu seperti Taman Orkid, Taman Buah-buahan atau Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi.
Di Taman Orkid, terdapat beberapa spesies baru yang ditanam termasuk dari jenis dendrodium, vanada, aranda dan catleya.

Anda boleh menikmati dan memetik sendiri buah buah yang ada di taman seperti di Taman Buah-buahan dan Taman Eksotika yang berkeluasan kira-kira 26 hektar terdapat pokok durian, duku, dokong, manggis dan rambutan. Penjungjung hanya perlu  membayar mengikut harga tertentu selepas menikmati buah-buahan tersebut.

Tempat ini juga menyediakan kemudahaan chalet, tempat berkursus, perkhemahan, perkelahan dan beberapa kemudahan rekreasi dan permainan air. Kawasan ini merupakan kawasan yang selamat berbanding dengan beberapa kawasan di Air Terjun Sekayu.

 

 

 
- Dibawah pengurusan Jabatan Pertanian  Terengganu
- Masuk adalah percuma. Beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu (ditutup)
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi

       Jabatan Pertanian Negeri Terengganu,
       Tingkat 5, Wisma Negeri,
       20632 Kuala Terengganu.

       No. Tel : 09 - 6222444
       No.Fax : 09 - 6235177  










Tuesday, September 28, 2010

Keratan Akhbar : Kemeriahan Pesta Tanglung 2010


3,000 meriahkan Festival Tanglung 2010



Orang ramai melepaskan tanglung-tanglung terbang sempena Karnival Tanglung 2010 di dataran berkembar Kampung Cina, Kuala Terengganu, kelmarin.



KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum memenuhi dataran berkembar Kampung Cina di sini untuk melihat ratusan 'Kong Ming Deng' (tanglung terbang) berwarna-warni yang dilepaskan ke langit pada Festival Tanglung 2010 semalam.
Acara bermula dengan simbolik nyalaan dan pelepasan 126 tanglung yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw, Datuk Bandar, Datuk Adzlan Dagang dan beberapa pemimpin masyarakat Cina tempatan.
Persekitaran dataran berkembar yang baru siap dibina itu diterangi cahaya tanglung yang dilepaskan dan ia menarik minat pengunjung pelbagai kaum yang turut sama mencuba amalan tradisional masyarakat Tionghua itu.
Tanglung berbentuk bujur yang diperbuat daripada kertas minyak itu yang ditulis dengan pelbagai hajat dan ucapan pemiliknya sebelum ia dilepaskan.
Selain tanglung terbang, hampir keseluruhan kediaman di sepanjang Kampung Cina dihiasi dengan tanglung tradisional pelbagai jenis yang dibuat sendiri oleh pemiliknya menerangi jalan itu.
Terdapat lebih 60 gerai jualan yang terdapat di sepanjang dataran itu yang memeriahkan lagi suasana.
Selain itu, pelbagai acara lain yang diadakan pada festival tersebut seperti pertunjukkan wayang kulit, pameran orang lebah, jualan produk makanan Cina dan pertunjukan kungfu dan tarian 1Malaysia.
Menurut Chin Yaw yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, semangat 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin negara dapat dilihat pada pesta tanglung tahun ini.
Katanya, penganjuran Festival Tanglung pada tahun ini memberi kelainan besar apabila ia diadakan di tapak warisan perkampungan masyarakat Cina.
"Melihat masyarakat Cina turut sama membantu pengunjung kaum lain yang ingin mencuba untuk melepaskan tanglung terbang ini menjadikan suasana pada malam ini sungguh harmoni.
"Kita berharap pada tahun-tahun akan datang acara ini akan diadakan secara besar-besaran seperti ini agar dapat mengeratkan perpaduan antara kaum," ujarnya ketika ditemui pemberita.


Monday, September 27, 2010

Pesta Tanglung - Terjemahkan 1 Malaysia di Terengganu


Bermula 12 - 23 September 2010 - Pesta Tanglung telah diadakan di Dataran Berkembar - Tapak warisan Kg Cina. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang aktiviti tersebut termasuk walkthon tanglung, perarakan tanglung, persembahan hiburan, persembahan kung fu, tapak jualan pelbagai dan lain-lain lagi. Kemuncak pesta telah dilaksanakan melalui aktiviti apabila 3000 orang penjungung pelbagai kaum telah hadir untuk melihat ratusan 'Kong Ming Deng' (tanglung terbang) berwarna-warni yang dilepaskan ke langit pada Festival Tanglung 2010.

Dataran berkembar - tapak warisan Kg Cina masih baru siap dan digunakan sebagai tapak aktiviti pesta tanglung dan tapak gerai jualan. Kewujudan tapak ini amatlah menarik dan pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu diatas usaha tersebut. Ianya akan menjadi satu destinasi pelancungan yang popular di Kuala terengganu. Satu laluan sungai yang dibina  dan menyerupai sebagaimana laluan terusan di Eropah. Terdapat juga bot pelancongan yang menawarkan perkhidmatan bersiar-siar disepanjang sungai Terengganu.

  




- Pesta Tanglung dianjurkan di Dataran berkembar Kg Cina.
- Berlangsung 12 Sept - 28 Sept 2010
- Terdapat 2 bot bagi perkhidmatan Bot Night River Cruise
milik pengurusan Taman Tamadun Islam bagi menyelusuri sungai Terengganu.
- Tambang perkhidmatan ialah RM5 (dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak)




 




Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha