Friday, September 30, 2011

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Penuh Sesak ....



7 penerbangan dari LTSM bawa 3,129 jemaah zon timur


Sebanyak tujuh penerbangan yang membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah akan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini bermula hari ini.



Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, ia melibatkan seramai 3,129 jemaah haji dari zon timur merangkumi tiga buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Katanya, penerbangan kedua dari LTSM ialah pada 1 Oktober dan diikuti pada 5 dan 6 Oktober serta 16, 17 dan 18 Oktober.


“Setiap penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat MAS (Malaysia Airlines) dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan keberangkatan 447 jemaah haji pertama dari Kuala Terengganu ke Arab Saudi di LTSM, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Muhammad Ramli Nuh dan Pengarah Tabung Haji negeri, Mohammad Mokhzani Mukhtar.

Tambah Khazan, kira-kira 300 kakitangan dari 18 agensi kerajaan termasuk Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kastam dan Imigresen membantu operasi penerbangan haji di LTSM.

“Urusan penerbangan jemaah haji yang masuk tahun keempat itu sehingga kini berjalan dengan lancar dan sempurna,” ujarnya.



Oleh FAUZI MOHD
 













Sunday, March 20, 2011

Pameran 1 Asean Jalinan



Majlis Perasmian Pameran 1 Asean, 1 Jalinan yang berlangsung di Dewan Mandalika pada 15 Mac 2011 telah sempurna dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu.

Pameran akan berlangsung bermula 15 Mac - 30 Jun di Galeri Takstil Muzium Negeri Terengganu.


Tuesday, March 8, 2011

PARKIR AUTOMATIK - pertama di Malaysia di Terengganu



MAKLUMAT MENGENAI PARKIR AUTOMATIK (rotary type)


Inilah Parkir yang dimaksudkan di Jalan Batas Baru,Kuala Teregganu
.
Oleh: Ruslan Rahman
Terletak di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu. Mula dibina pada 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya pada Disember 2010, merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Semalam 2 Februari dibuka dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.


Bilangan unit; kereta biasa ada 200 unit, MPV ada 32 unit. Bayaran untuk satu jam pertama ialah RM2.50 unit dan jam seterusnya hanyalah RM1.00. Bagi menyewa secara bulanan ialah RM150.00 sebulan. Masa operasi, Sabtu hingga Khamis dari jam 700 pagi hingga 600 petang,manakala hari Jumaat (tutup).


 Dato' Seri Ahmad meletakkan kereta rasminya

Caranya: untuk masuk, pemaduk masuk parkir, tekan butang ambil ‘entry slip’,terus ke blok parkir, operator arah ke ruang kosong, ambil cip nombor parkir,masukkan kereta dalam petak dan keluar dari kereta.
Manakala untuk keluar, serahkan cip kepada operator, operator turunkan kereta, bawa kereta keluar dan terus ke pondok bayaran, serahkan slip, bayar dan selesai. Kehilangan slip/cip dikenakan denda RM50.00
http://teganukita.blogspot.com/2011/02/maklumat-mengenai-parkir-automatik.html 
3 Feb 2011


Sunday, March 6, 2011

Terengganu Pelopor Virtual Learning di SK Paya Bunga







Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mempraktikan pengajaran dan pembelajaran secara Virtual. Idea cetusan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - En Razali Bin Daud yang telah menzahirkan perlaksanaan keadah ini di SK Paya Bunga. Penggunaan E-Book yang dilengkapkan dengan Buku Teks Digital Kementerian Pelajaran Malaysia serta aplikasi Interaktif Fardu Ain serta e-Al Quran telah melengkapkan perlaksanaan P&P secara maya.

Selain dari itu, penggunaan pelbagai bahan online dan offline serta beberapa aplikasi google dan open source turut di intergrasikan dalam virtual class. Konsep "everywhere" dan "evertime" membolehkan murid-murid mengekses sendiri bahan pembelajaran secara kendiri dan diluar waktu pengajaran. Perlaksanaan Virtual Class ini telah direalisasikan melalui peralatan tajaan TOP-IT Sdn Bhd. (Syarikat IT kerajaan Negeri Terengganu yang mengeluarkan E-Book) dan Perancangan Perlaksanaan oleh Jawatankuasa Perlaksana serta Pengurusan Sekolah. E-Book ini diberi percuma kepada semua pelajar yang berada di sekolah dibawah Kementerian Pelajaran di negeri Terengganu.

Y.A.B Dato Seri Ahmad Bin Said telah melawat Perlaksanaan Virtual Class di SK Paya Bunga dan beliau sangat berpuas hati atas perlaksanaan projek berkenaan, malah beliau mencadangkan bahawa semua kelas yang ada di SK Paya Bunga akan diperluaskan perlaksanaan  projek ini. Ini akan menjadikan SK Paya Bunga sebagai Virtual School.


Kelendar Aktiviti Muzium Terengganu 2011



 Pameran Words + Pictures = Book
 Pameran ilustrasi dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi tujuan pendidikan dengan kerjasama PETRONAS.
 
Pertandingan Mewarna Warisan Kita
 Mengasah bakat dan minat pelajar mengenali warisan dan budaya melalui pertandingan mewarna kanak-kanak.
Rampai Budaya
Demonstrasi dan persembahan kebudayaan merangkumi pelbagai variasi seni budaya tempatan
  Pameran 1 ASEAN, 1 Jalinan
 Nikmati keunikan, keindahan dan kehebatan seni tekstil tempatan dan Asean dalam satu jalinan budaya.
 Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu

Penyaluran ilmu melalui persembahan ilmiah pelbagai aspek kajian dan pendekatan Batu Bersurat Piagam Terengganu.
Pertandingan Keris & Pasar Antik

Gabungan keunikan dan kehalusan 'pandai keris' dan senjata tradisi Melayu.

 Pameran 1 Malaysia Contemporary Art Tourism

Pameran Seni menerusi konsep pelancongan dari pelbagai media masa kini.

  Lumba Jelajah Muzium

Penjelajahan berkumpulan secara pertandingan peringkat pelajar sekolah menyelongkari sejarah dan budaya warisan.
Program Aidilfitri

Memeriahkan tradisi berzaman sambutan Ramadhan dan Syawal melalui pameran, pertandingan pelita raya dan rumah terbuka.

Pameran & Seminar Arkeologi Terengganu

Penyaluran maklumat dan ilmu sekitar sejarah dan penemuan kerja-kerja arkeologi.


 Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Negeri Terengganu

Saksikan kemeriahan dan semangat persefahaman dalam permainan tradisi secara pertandingan yang berskala besar.


Pertandingan Gamelan Kebangsaan



Mengangkat kegemilangan seni gamelan melalui pertandingan sebagai satu apresiasi generasi baru.



Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha