Friday, July 30, 2010

Info Monsoon Cup : Tarikan Antarabangsa Ke Terengganu



Monsoon Cup pertama kali dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Monsoon Cup ini telah dilihat sebagai salah satu aktiviti yang boleh menguntungkan rakyat khususnya golongan nelayan pada masa bulan November dan Disember yang mana merupakan musim yang merbahaya untuk dijalankan kegiatan perikanan. 

Pertandingan Piala Monsun juga dikatakan sebagai pemangkin untuk pembangunan dan mencipta peluang ekonomi di bidang seperti hotel, pelancongan, Restoran, pembuatan perahu, persediaan makanan, tekstil dan souvenir.
Pulau Duyong telah diistiharkan sebagai satu lokasi rasmi kejohanan. The Match World Racing Tour ini diluluskan oleh dia International Sailing Federation (ISAF) terdiri dari sepuluh peristiwa di sembilan lokasi khusus yang dipilih di seluruh dunia. Sebagai siri belayar profesional yang terkemuka di dunia, peristiwa Tour diiktiraf sebagai harus-menghadiri regattas di litar perlawanan bangsa. Piala Monsun untuk 2009 menawarkan hadiah wang tertinggi kedua di dunia (RM1 juta) untuk acara perlawanan balap.
Piala Monsun yang pertama diadakan di Pualau Duyong ialah pada tahun 2009 iaitu bermula 9 November 2009 sehingga  6 Disember 2009.








Sumber dan photo : http://en.wikipedia.org/wiki/Monsoon_Cup













- untuk maklumat lajut sila ke laman rasmi monsoon cup http://www.monsooncup.com.my/


  
 
 









Saturday, July 24, 2010

Persembahan Festival Gamelan Sedunia 2010 - HEBAT




Hebat... ungkapan yang sentiasa keluar semasa menyaksikan Festival Gamelan Sedunia 2010 yang bermula semalam. Kami sekeluarga sampai di Taman Shahbandar pada 8.45 mlm. Lihat semua tempat dah penuh dengan pelbagai golongan. Majlis Perasmiaan dilaksanakan secara ringkas oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Bin Said. Antara objektif festival ini ialah menanam minat generasi muda kepada warisan ini serta memberi peluang kepada rakyat melihat sendiri kelainan yang ada antara gamelan dari pelbagai negara.

Yang paling hebat ialah persembahan Gamelan dari Bali, Indonesia. Rasa macam berada di Bali. Sememangnya terdapat banyak perbezaan anatar Gamelan dari pelbagai negara. Turut membuat persembahan ialah Kumpulan Gamelan Kerajaan Negeri Terengganu, Kumpulan Sanggar Singamurthi, Warisan Terengganu, Rhythm in Bronze, UIAM, Gastarana, Lambangsari, Hand Percussion Team, Garasi Seni Benawa dan Istana Budaya.

Pemain Gamelan Kumpulan Sanggar Singamurthi
Penari Gamelan Kumpulan Sanggar Singamurthi

Penari Gamelan Kumpulan Warisan terengganu

Kumpulan Gamelan Gastarana, Lambangsari mempersembahkan Tarian Meniup Api dan Pijak Kaca.

Kumpulan Dari Jepun - Garasi Seni Benawa








- Di Urusetiakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong
- Tel : 609-622 1444
- Fax : 609 623 1209

- Email : mohdnor05@yahoo.com

- Laman Web Gamelan Terengganu : http://gamelan.terengganu.gov.my/ 


  


Friday, July 23, 2010

Festival Gamelan Sedunia 2010





Dataran Shahbandar bakal dimeriahkan dengan acara peringkat dunia - Festival Gemelan Dunia 2010 akan berlangsung bermula 23 - 25 Julai 2010 di Dataran Shahbandar. Pelbagai peserta dari pelbagai negara akan terlibat membuat persembahan Gamelan. Sekarang sedang berlangsung Technical Setup, Sound Check and Rehearsal sebelum bermulanya secara rasmi pada malam ini. Perayaan Gemelan ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Untuk mengetahui maklumat dan aturcara festival, sila klik pada brousher dibawah.



- Klik brousher untuk saiz yang lebih besar -





Iklan Bunting Gamelan

 

Rehearsal












- Di Urusetiakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong
- Tel : 609-622 1444
- Fax : 609 623 1209

- Email : mohdnor05@yahoo.com

- Laman Web Gamelan Terengganu : http://gamelan.terengganu.gov.my/


Thursday, July 22, 2010

Info : Gamelan








Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.


Gamalen Di Malaysia

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad, En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".


Sumber Maklumat : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gamelan

Untuk maklumat Gamelan Terengganu  sila akses ke :

- Laman Web Gamelan Terengganu : http://gamelan.terengganu.gov.my/






 -Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa menganjurkan Festival Gamelan Sedunia secara dwi tahunan.

- Sedang Berlangsung Festival Gamelan Sedunia
- Tarikh :  23 - 25 Julai 2010
- Tempat : Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu




Perusahaan Membuat Bot Traditional di Duyong





Selain dari lokasi Pertandingan Kapal Layar Monsson Cup, Pulau Duyong juga terkenal dengan Perusahaan Membuat Bot Traditional. Terletak di tepi sungai Terengganu, merupakan sebuah perusahan tradisi warisan masyarakat Duyong.
Pada cuti sekolah baru-baru ini saya sempat ke sana. Kedatangan saya disambut baik oleh perkerja disitu yang hanya mahu dikenali sebagai Wy. Walaupun agak muda beliau begitu berpengalaman dalam selok belok hal-hal pembuatan bot. Beliau juga menawarkan saya untuk naik keatas sebuah bot yang sedang dalam pembinaan. Menurut beliau kebiasaannya untuk menyiapkan sesebuah bot mengambil masa 16 bulan.

Kos pembinaan bot yang siap sepenuhnya kebiasaanya mencecah RM 2 juta. Kadangkala syarikat ini mengambil tempahan dari warganegara asing khususnya bagi pembinaan kapal layar. Memandangkan keluasaan tempat ini dan bilangan perkerja terhad hanya satu-satu pembinaan bot shaja dapat dilakukkan.



Badan bot yang telah disiapkan selama 6 bulan.
Dianggarkan tempoh siap sepenuhnya ialah 16 bulan.


Anak saya turut naik sama untuk melihat kerja-kerja pembuatan bot.


Bahagian dalam badan bot tersebut.




Bot Jenis Laut Dalam mengambil masa : 16 bulan
Bahan Utama yang digunakan : Kayu Cengal
Harga (bot Siap sepenuhnya) : RM 2 juta
Maklumat Lanjut sila hubungi:

Syarikat Bot Tradisional Duyong
3609 Kg Duyong Besar
20100 Kuala Terengganu
019 9662266


Tempat Menarik Berdekatan : Kota Lama Duyong, Tapak Lokasi Pertandingan Kapal Layar Moonsun Cup
Hotel : Hotel Riaz









Wednesday, July 21, 2010

Cas Ligas atau Bas Bandar




Bas Cas Ligas atau Bas Bandar merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat dan juga pelancong. Anda boleh menaiki bas ini untuk bersiar-siar mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu.

Sistem pengangkutan bas awam ini akan diterajui oleh caS ligaS Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat anak yang diperbadankan sepenuhnya oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). caS ligaS Di tubuhkan pada 22 Ogos 2007. Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.


Apa yang menarinya ialah bas ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin, sistem tiket automatik, global psitioning system (GPS), closes circuit television (CCTV) dan LED deestinasi penunjuk arah. Tambangnya ialah RM1 bagi satu hala perjalanan.

Laluan operasi adalah seperti berikut:-

Laluan Chendering
Laluan Taman Tamadun Islam
Laluan Batu Enam/
Laluan Gong Badak



Jadual Perjalanan Bas

Bas dilengkapkan dengan ukiran dan seni kayu tradisional









- Syarikat - caS ligaS Sdn. Bhd.
- Di tubuhkan pada 22 Ogos 2007
- Bayaran sehala - RM1.00


Sebarang Pertanyaan :-

Cas Ligas Sdn. Bhd.

Tingkat 9, Menara Permint,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Tel :+609-6278000 (samb 8170)
Faks :+609-6233880

http://www.casligas.com.my/v1/


Tuesday, July 20, 2010

Memahami : 2 Tahun - Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan




YAB Dato’ Ahmad Said Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya semasa majlis anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat negeri Terengganu 2008 pada 26 ogos yang lalu meminta supaya anggota perkhidmatan awam merakyatkan pentadbiran kerajaan. Justeru itu konsep MERAKYATKAN PENTADBIRAN ini seharusnya difahami oleh seluruh warga perkhidmatan awam.


Bagaimana cara untuk kita merakyatkan pentadbiran. Maka kita kena kembali kepada konsep asas, apa dan mengapa kita bekerja. Samalah juga apa dan mengapa kita perlu makan?. Kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Makan makanan yang boleh mengenyangkan. Maka jika tujuan makan untuk mengenyangkan dan untuk hidup, jadi matlamat atau tujuan makan akan tercapai. Begitulah juga dalam bekerja, tujuannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Jika perkhidmatan yang kita berikan itu sampai kepada rakyat dan rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan sudah tentu konsep merakyatkan pentadbiran akan tercapai.


Sehebat manapun program yang dilaksanakan jika rakyat tidak berpuas hati tiada maknanya kepada kerajaan dan rakyat akan membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan kerajaan tersebut atau tidak. Untuk merakyatkan pentadbiran kita kena lihat sistem penyampaian dilaksanakan benar-benar berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan perlukan perubahan dalam kadar yang segera. Jangan hanya bekerja sebagai rutin sahaja. Perkhidmatan yang baik adalah berdasarkan apa yang pelanggan mahu. Bukan pada amalan terbaik dan apa yang dirasakan pelanggan perlu.Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang pantas, cekap berkesan dan mesra.Setiap kakitangan sepatutnya mempunyai perasaan seif of belonging terhadap organisasinya bagi merakyatkan pentadbiran.

Petikan dari : 


Monday, July 19, 2010

NACC - Nor Arfa Craf Complex (One Stop Craft Complex)


 

Baru-baru ini saya ke NACC atau Nor Arfa Craf Complex. Ianya terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu. Nor Arfa merupakan nama yang terkenal dalam industri batik di Malaysia. Arfa Batik adalah merupakan usaha pasangan suami isteri iaitu Wan Mohd Ariffin dan Nor Hijerah yang telah memulakan aktiviti rekabentuk dan lukisan tangan pada hasilan batik mereka. Hasil keluaran Batik Arfa  ini telah menembusi pasaran luar negeri dan mempunyai cawangan di merata tempat di Malaysia.


NOOR Arfa CRAF KOMPLEKS (NACC) ini dihasrat supaya menjadi payung pemasaran kepada barangan kraftangan dan warisan tempatan yang mana ianya akan bertindak sebagai 'payung' untuk semua pengusaha dan pengeluar produk warisan di Terengganu. Fokus utama pada NACC adalah untuk membantu memotivasi pembangunan usahawan kerajinan yang memiliki kekuatan untuk mempengaruhi dan kemampuan untuk membekalkan produk berkualiti tinggi yang dapat bersaing di pasaran. Produk dan pusat demostrasi pembuatan batik, songket, anyaman, seni kaca, ukiran kayu dan tembaga dan lain-lain di bawah satu bumbung . 


Terdapat banyak maklumat dan acara demostrasi yang mana anda sendiri boleh turut sama terlibat dalam demostrasi tersebut. Jika anda berminat dengan keseniaan, lawatan anda tidak akan lengkap jika tidak berkunjung disini. Dari pemerhatiaan saya terdapat beberapa buah bas yang membawa pelawat dari luar Terengganu berkunjung disini.




Model Bangunan NACC


Bangunan NACC

Kedai Jualan Barangan NACC


Sesi Demostrasi : Batik Lukis / Sutera

Proses Mewarnakan Batik Lukis


Sesi Demostrasi Seni Kaca Hiasan

Bistro / Restoren Tepi Sungai
Bagi Pengunjung menikmati Makanan



- Jarak hanya 10 minit dari bandaraya Kuala Terengganu
- Kemudahan Bas Cas Ligas / Bas lain serta Teksi
- Tarikan Berdekatan : Sutera Semai, Pusat Kraftangan Terenganu
- Makan-minum : Dalam perkarangan NACC

Butiran Perhubungan :-

Lot 4153, Cendering Industrial Area,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Tel: 609-617 9700
Fax: 609-617 9701

http://www.noor-arfa.com.my/


Sunday, July 18, 2010

Perusahaan Bidai Traditional




Saya mengutarakan seni pembuatan bidai ini kerana ianya merupakan salah satu cabang perusahan traditional yang menjadi warisan keluarga En Zubir Bin Embong. Pembuatan bidai ini merupakan satu-satunya yang ada di bandaraya Kuala Terengganu. Ianya menggunakan kaedah tradisional. Menurut salah seorang pekerja,- baru-baru ini, Kraftangan Malaysia dari Kuala Lumpur telah mengiktiraf pembuataan bidai ini sebagai satu bentuk kraftangan. Kerja-kerja pembuatan bidai ini diuruskan En Zubir Embong, dan dibantu oleh adiknya iaitu En Sudin Bin Embong.

Harga pembuatan bidai ini adalah RM7 sekaki. Kebiasaanya satu unit bidai yang siap termasuk dengan upah pemasangan ialah RM300 - RM400.















- Satu-satunya perusahaan membuat Bidai
- Hotel Terdekat : Ming Star, Primula Beach Resort


Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha