Friday, August 27, 2010

Lemang Kijal atau Lemang Kemaman



Satu tempat di Kemaman yang tidak perlu diperkenalkan adalah Gerai Lemang Kemaman atau Gerai Lemang Kijal. Jika ada saudara mara sayang pulang dari Kuala Lumpur, mereka selalu singgah untuk membeli lemang Kijal ini. Lokasinya yang terletak di jalan utama jika anda ingin ke Kemamana atau Kuala Lumpur.

Harga yang ditawrkan adalah berpatutan iaitu 4 batang lemang yang  bersaiz serdahana cuma berharga RM10. Rasanya amat enak sekali dan setiap gerai yang ada menjanjikan perbezaan rasanya. Selain dari lemang, digerai ini juga ada menjual Sata, air minuman dan makanan ringan.












Thursday, August 19, 2010

Pembuatan Blok Tekap Batik



Artikel kali ini ialah tentang pembuatan Cop atau tekap blok batik. Lokasi di Kg Ladang Mengabang. En Zakaria adalah merupakan tukang pembuatan blok batik atau blok tekap batik. Dengan menggunakan besi tin susu atau tin minyak tanah, beliau berupaya membentuk corak blok batik. Blok batik ini seterusnya dijual kepada penempah blok yang terdiri dari pengusaha kain batik. Kebetulan semasa saya berkunjung disitu,  ada beberapa orang wartawan media dari RTM dan TV3 sedang menemuramah En Zakaria.

Kebiasaanya pihak pengusaha batik akan menghantar lakaran corak batik kepada En Zakaria bagi pembuatan blok tekap batik ini. Sememangnya amat rumit untuk membentuk corak tekap ini. Satu lagi produk yang dihasilkan ialah bahan seni mewarna batik DIY (Do It Yourself). Anda boleh mendapatkan 2 helai kain yang telah dicop dengan corak batik dan 4 botol warna kain serta papan palet warna dengan harga RM12. Pelajar boleh mewarna sendiri sebagaimana proses menghasilkan kain batik.












Friday, August 13, 2010

Info : Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Puteri



Hari ini saya nak membuat artikel berkenaan  Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Saya pernah membuat artikel tentang Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Besut sebelum ini. Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Terengganu ini terletak di Bukit Puteri, bersebelahan dengan pejabat POS Besar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik sememangnya dapat membantu pelawat dan pelancong bagi mendapatkan pelbagai maklumat tentang negeri Terengganu khusunya dalam bidang pelancongan.

Ini kerana dihadapannya terletak Jeti Perlepasan pelancong bagi ke Pulau Redang. Lokasinya juga hampir dengan Istana Maziah, Bazar Warisan dan Pasar Besar Kedai Payang. Anda boleh mendapatkan buku panduan pelancongan Negeri Terengganu terbitan Kerajaan Negeri Terengganu dan Tourism Terengganu. Selain dari itu Pusat ini juga menyediakan broucher pelancongan semua negeri di Malaysia, Pakej Pelancongan, Maklumat-maklumat lain yang berkaitan dan berguna jika anda merancang untuk melancong di Malaysia khususnya di Terengganu.


 








- Untuk maklumat Lanjut Sila Hubungi

Pusat Penenrangan Pelancongan Terengganu
Bukit Puteri, Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 Kuala Terengganu

Tel  : 609-697 1553
Fax : 609-622 1957


Link Berkaitan :  


Sunday, August 8, 2010

Peyemaian Ranting Karang di Redang Cipta Rekod



Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Taman Laut dan Universiti Malaysia Terengganu telah melaksanakan satu detik sejarah iaitu Penyemaian Ranting Karang di Taman Laut Pulau Redang. Program ini telah berlangsung pada 28 Julai 2010 dan disempurnakan oleh Yg. Berbahagia Tan Sri Dato' Alimuddin bin Md. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Penyemaian ranting karang ini telah direkodkan dalam buku "Malaysia Book Of Records". 

Sesungguhnya usaha yang dilaksanakan ini bukan sahaja dapat memelihara taman laut malah memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar ini dalam menjaga keindahan Taman Laut berkenaan.

Kredit Kepada : En Aminudin Bin Mohammad - Jurukamera NIKON Tersohor.








Friday, August 6, 2010

Info : Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Puteri



Hari ini saya nak membuat artikel berkenaan  Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Saya pernah membuat artikel tentang Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Besut sebelum ini. Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Terengganu ini terletak di Bukit Puteri, bersebelahan dengan pejabat POS Besar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik sememangnya dapat membantu pelawat dan pelancong bagi mendapatkan pelbagai maklumat tentang negeri Terengganu khusunya dalam bidang pelancongan.

Ini kerana dihadapannya terletak Jeti Perlepasan pelancong bagi ke Pulau Redang. Lokasinya juga hampir dengan Istana Maziah, Bazar Warisan dan Pasar Besar Kedai Payang. Anda boleh mendapatkan buku panduan pelancongan Negeri Terengganu terbitan Kerajaan Negeri Terengganu dan Tourism Terengganu. Selain dari itu Pusat ini juga menyediakan broucher pelancongan semua negeri di Malaysia, Pakej Pelancongan, Maklumat-maklumat lain yang berkaitan dan berguna jika anda merancang untuk melancong di Malaysia khususnya di Terengganu.


 








- Untuk maklumat Lanjut Sila Hubungi

Pusat Penenrangan Pelancongan Terengganu
Bukit Puteri, Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 Kuala Terengganu

Tel  : 609-697 1553
Fax : 609-622 1957


Link Berkaitan :  




Sata : Enak Di Makan. Makan Satu Nak Lagi


Sata merupakan satu makanan tradisonal Terengganu. Sata di perbuat dari isi ikan yang digaul dengan kelapa parut dan ditambah dengan lada, garam, halia dan gula. Sebenarnya sata merupakan salah satu makan kegemaran keluarga saya. Beli banyak atau sedikit, mesti akan habis dimakan. Kebiasaanya ada boleh membelinya di deretan kedai menjual keropok goreng di Kelulut.  Saya ditunjukan cara membuat sata oleh seorang peniaga gerai di Chendering tentang cara pembuatan dan pembungkusan sata. (Sebagaiman gambar diatas)


Saya ingin berkongsi satu artikel / ulasan menarik tentang keenakan sata Terengganu yang saya baca dari website dibawah :


Sata or Satah is probably Terengganu best kept secret. I had been to Terengganu four times and wonder why I had never heard or seen sata until now? It is simply the most delicious snack Terengganu has to offer. There are two variations. One is the conical shape one as seen above which I bought along the road leading to Merang. If you are going to Redang Island, you are bound to see these stalls lining the roadside.




The grilled sata which is selling for only RM2 per stick with four packets. Inside, there is the most flavourful and fragrant packet of fish paste mixed with onion, ginger and cut red chillies. These conical shape ones are not spicy and my children love them.


Meanwhile, another version which I bought from Seberang Takir near Kuala Terengganu has a different shape. This packet is very spicy and taste really nice. These are all freshly out of the charcoal grill and hence smell soooo good.


I did a google for Sata and am so glad that Boo has shared a recipe which she found from Flavours Magazine. It is made of blended paste of fish, onion, ginger, coconut, chillies and tumeric leave. Now, I can experiment making my own sata without driving 475 KM to Kuala Terengganu for them.
I have tried so many new dishes while in Terengganu apart from the regular Nasi Dagang and keropok lekor. Watch out for the Terengganu series…

Artikel dipetik dari :



Sunday, August 1, 2010

Perusahaan Tradisi Pembuatan Sarung Keris




Kampung Ladang merupakan kampung yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Yang menjadikan ianya unik ialah, terdapat pelbagai perusahaan tradisional yang ada sini. Kalau dahulu saya pernah postkan artikel tentang perusahaan Tembaga di Kampung Ladang. Kali ini kita melihat pesusahaan membuat keris khususnya sarung Keris.

Di kampung Ladang terdapat satu tempat yang dipanggil sebagai 'Perkampungan Keris'. Perkampung Keris ini di terajui oleh orang kuatnya iaitu  "Che Eilr". Diantara pengusaha sarung Keris di Kampung Ladang adalah Wan Razali Bin Wan Abu Bakar. Beliau merupakan seorang yang sangat mahir kerja pembuatan sarung keris. Beliau memulakan kariernya bermula zaman kanak-kanak lagi. Tidak seperti tukang pembuat sarung lain, beliau masih menggunakan peralatan pembuatan tradisional seperti dokok, larek, dan lain-lain.

Proses pembuatan bermula dari proses mengerat atau membelah bongkah pokok kayu kepada saiz yang kecil. Selepas itu barulah kerja-kerja pembuatan dibuat bermula dari hulunya hingga ke sarung keris. Mata keris biasanya ditempah dari tukang mata keris. Selepas prose pembuatan sarung keris siap, ianya akan disapu dengan varnis.

Selain dari membuat sarung keris biasa, beliau juga mengambil tempahan membuat sarung dan tempahan membaiki sarung keris. Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi En Wan Razali Bin Wan Abu Bakar - 017 9738735.

















Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha