Tuesday, September 28, 2010

Keratan Akhbar : Kemeriahan Pesta Tanglung 2010


3,000 meriahkan Festival Tanglung 2010



Orang ramai melepaskan tanglung-tanglung terbang sempena Karnival Tanglung 2010 di dataran berkembar Kampung Cina, Kuala Terengganu, kelmarin.



KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum memenuhi dataran berkembar Kampung Cina di sini untuk melihat ratusan 'Kong Ming Deng' (tanglung terbang) berwarna-warni yang dilepaskan ke langit pada Festival Tanglung 2010 semalam.
Acara bermula dengan simbolik nyalaan dan pelepasan 126 tanglung yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw, Datuk Bandar, Datuk Adzlan Dagang dan beberapa pemimpin masyarakat Cina tempatan.
Persekitaran dataran berkembar yang baru siap dibina itu diterangi cahaya tanglung yang dilepaskan dan ia menarik minat pengunjung pelbagai kaum yang turut sama mencuba amalan tradisional masyarakat Tionghua itu.
Tanglung berbentuk bujur yang diperbuat daripada kertas minyak itu yang ditulis dengan pelbagai hajat dan ucapan pemiliknya sebelum ia dilepaskan.
Selain tanglung terbang, hampir keseluruhan kediaman di sepanjang Kampung Cina dihiasi dengan tanglung tradisional pelbagai jenis yang dibuat sendiri oleh pemiliknya menerangi jalan itu.
Terdapat lebih 60 gerai jualan yang terdapat di sepanjang dataran itu yang memeriahkan lagi suasana.
Selain itu, pelbagai acara lain yang diadakan pada festival tersebut seperti pertunjukkan wayang kulit, pameran orang lebah, jualan produk makanan Cina dan pertunjukan kungfu dan tarian 1Malaysia.
Menurut Chin Yaw yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, semangat 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin negara dapat dilihat pada pesta tanglung tahun ini.
Katanya, penganjuran Festival Tanglung pada tahun ini memberi kelainan besar apabila ia diadakan di tapak warisan perkampungan masyarakat Cina.
"Melihat masyarakat Cina turut sama membantu pengunjung kaum lain yang ingin mencuba untuk melepaskan tanglung terbang ini menjadikan suasana pada malam ini sungguh harmoni.
"Kita berharap pada tahun-tahun akan datang acara ini akan diadakan secara besar-besaran seperti ini agar dapat mengeratkan perpaduan antara kaum," ujarnya ketika ditemui pemberita.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha