Majlis Perasmian Pameran 1 Asean, 1 Jalinan yang berlangsung di Dewan Mandalika pada 15 Mac 2011 telah sempurna dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu.
Pameran akan berlangsung bermula 15 Mac - 30 Jun di Galeri Takstil Muzium Negeri Terengganu.
Inilah Parkir yang dimaksudkan di Jalan Batas Baru,Kuala Teregganu
. Oleh: Ruslan Rahman
Terletak di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu. Mula dibina pada 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya pada Disember 2010, merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Semalam 2 Februari dibuka dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.
Bilangan unit; kereta biasa ada 200 unit, MPV ada 32 unit. Bayaran untuk satu jam pertama ialah RM2.50 unit dan jam seterusnya hanyalah RM1.00. Bagi menyewa secara bulanan ialah RM150.00 sebulan. Masa operasi, Sabtu hingga Khamis dari jam 700 pagi hingga 600 petang,manakala hari Jumaat (tutup).
Dato' Seri Ahmad meletakkan kereta rasminya
Caranya: untuk masuk, pemaduk masuk parkir, tekan butang ambil ‘entry slip’,terus ke blok parkir, operator arah ke ruang kosong, ambil cip nombor parkir,masukkan kereta dalam petak dan keluar dari kereta.
Manakala untuk keluar, serahkan cip kepada operator, operator turunkan kereta, bawa kereta keluar dan terus ke pondok bayaran, serahkan slip, bayar dan selesai. Kehilangan slip/cip dikenakan denda RM50.00
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mempraktikan pengajaran dan pembelajaran secara Virtual. Idea cetusan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - En Razali Bin Daud yang telah menzahirkan perlaksanaan keadah ini di SK Paya Bunga. Penggunaan E-Book yang dilengkapkan dengan Buku Teks Digital Kementerian Pelajaran Malaysia serta aplikasi Interaktif Fardu Ain serta e-Al Quran telah melengkapkan perlaksanaan P&P secara maya.
Selain dari itu, penggunaan pelbagai bahan online dan offline serta beberapa aplikasi google dan open source turut di intergrasikan dalam virtual class. Konsep "everywhere" dan "evertime" membolehkan murid-murid mengekses sendiri bahan pembelajaran secara kendiri dan diluar waktu pengajaran. Perlaksanaan Virtual Class ini telah direalisasikan melalui peralatan tajaan TOP-IT Sdn Bhd. (Syarikat IT kerajaan Negeri Terengganu yang mengeluarkan E-Book) dan Perancangan Perlaksanaan oleh Jawatankuasa Perlaksana serta Pengurusan Sekolah. E-Book ini diberi percuma kepada semua pelajar yang berada di sekolah dibawah Kementerian Pelajaran di negeri Terengganu.
Y.A.B Dato Seri Ahmad Bin Said telah melawat Perlaksanaan Virtual Class di SK Paya Bunga dan beliau sangat berpuas hati atas perlaksanaan projek berkenaan, malah beliau mencadangkan bahawa semua kelas yang ada di SK Paya Bunga akan diperluaskan perlaksanaan projek ini. Ini akan menjadikan SK Paya Bunga sebagai Virtual School.
:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum :: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri :: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan :: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..' :: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)