Pembuatan Tembaga Secara Tradisional merupakan salah satu cabang kraftangan yang popular di Terengganu khususnya di Kuala Terengganu. Pada zaman sekolah rendah dulu, saya sentiasa melihat proses pembuatan kraftangan tembaga. Pak Aziz, Che Man - merupakan nama-nama yang terlibat dalam pembuatan kraftangan di Kg Ladang.
Sekiranya anda berminat dengan barangan kraftangan tembaga Terengganu, anda boleh dapatkan di Pasar Besar Kedai Payang, Wanisma Kg Ladang (Bengkel Penghasilan Tembaga dan Batik serta Pusat Jualan), Pusat Kraftangan Terengganu Chendering, Nur Arfa Craf Complex, Chendering.
Disini saya ingin utarakan satu artikel cara- cara pembuatan kraftangan tembaga yang saya jumpa di Seni Artizza ( http://seniartizza.blogspot.com/2009/01/ukiran-tembaga.html )
PROSES PEMBUATAN
Warna tembaga adalah sangat menarik seolah-olah keemasan. Tembaga akan mencair pada suhu yang lebih rendah berbanding besi, iaitu kira-kira 1000 darjah celcius. Ini menjadikan tembaga lebih mudah untuk dibentuk. Kraftangan tembaga di Malaysia, dihasilkan melalui dua kaedah utama iaitu acuan penghapusan lilin dan goresan timbul.
1) Acuan Penghapusan Lilin.
a. Pembentukan - proses membentuk kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk dan corak barang yang akan dihasilkan.
b. Membuat Acuan - Proses membuat kelonsong atau teras bentuk barang yang diingini. Acuan dicelup ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Kemudian lilin dilarik supaya seimbang dan sama rata, sesuai dengan bentuk luar barang itu. Lilin yang telah siap dilarik, ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus.
2) Lebur/MenuangProses mencairkan campuran logam dan memasukkannya ke dalam acuan. Tembaga dileburkan di dalam bekas khusus menggunakan api dapur yang dipanggil relau. Api relau juga digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus. Lilin cair itu dituang keluar, meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Dalam satu variasi teknik ini, lilin acuan dibalut dengan campuran tanah liat, pasir dan sekam padi. Apabila acuan dibakar , lilin mencair dan menyerap ke dalam campuran pembalut itu. Cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan itu dan ditinggalkan hingga sejuk dan membeku. Kemudian, tanah liat yang dijadikan acuan itu dipecahkan untuk mendapatkan barangan tembaga yang masih kasar permukaannya.
3) Mencuci/menggilap
Proses ini melibatkan kerja-kerja pengemasan yang merangkumi mencuci, memateri,mengikis dan menggilap. Tompok-tompk hitam dan logam yang berlebihan pada barang yang dikeluarkan dari acuan, dikikis hingga bersih. Ciri-ciri yang tidak dapat dibentuk di dalam acuan, dipaterikan. Kemudian barang itu digosok dengan kertas pasir dan digilap dengan sejenis kimia yang memberikan kemasan halus dan berseri.
KEMASAN
Semua kiran tembaga yang telah siap digilap diperiksa untuk memastikan tiada kecacatan. Jika terdapat lubang halus, misalnya, lubang itu akan ditampal dengan timah hitam. Biasanya bahan-bahan tembaga dihiasi dengan biku-biku di sekelilingnya. Motif yang popular adalah seperti geometri, awan larat dan bunga-bungaan. Untuk rekacorak yang lebih halus dan menarik, kaedah goresan timbul atau ‘etching’digunakan. Mula-mula rekacorak itu dilukis dan diambil gambarnya. Kemudian negatif gambar itu disalutkan selapis kimia khusus dan diturunkan ke atas permukaan tembaga.
Satu lagi kerja kraftangan tembaga ialah teknik ukiran timbul atau ‘tooling’. Dalam teknik ini, kepingan tembaga ditekan supaya alat runcing yang tumpul supaya permukaannya timbul, membentuk gambaran yang dikehendaki. Ruang yang tenggelam itu kemudian diisikan dengan sejenis gala yang mengeras dan memastikan gambaran yang terhasil tidak kemek.
ALAT DAN PROSES
Alatan Utama = penukul kayu, gunting, set alat pengukir, penggilap dan cat gelap.
Proses mengukir melibatkan langkah berikut=
I. Rekacorak yang ingin dihasilkan dilukis selengkapnya di atas kertas. Kemudian rekacorak itu dipindahkan ke kepingan tembaga samada dengan menekapnya atau dengan membuat lukisan bernisbah, mengikut saiz yang diperlukan.
II. Kepingan tembaga yang tertera dengan rekacorak, diletakkan di atas sehelai kain selimut atau beberapa helai kertas yang dibentangkan di atas permukaan rata. Alas kain atau kertas ini membolehkan permukaan tembaga yang ditekan atau diketuk tenggelam tetapi tidak mencalarkan permukaan di sebaliknya.
III. Dengan gaya memahat, penukul dengan cermat diketukkan ke kepala alat ukir, hingga permukaan keping tembaga perlahan-lahan lekuk. Kemudian bahagian yang lekuk itu diisikan dengan bahan lepa. Sekarang, biasanya simen digunakan sebagai bahan lepa, tetapi dahulu gala dempul lebih kerap digunakan. Dempul ialah campuran kapur dan minyak jarak.
IV. Apabila lepa kering, cat gelap disapukan pada seluruh permukaan rekacorak. Kemudian, setelah cat kering, rekacorak itu digilap. Dalam proses ini, bahan penggilap disapukan pada bahagian-bahagian tertentu untuk menanggalkan cat dan menyerlahkan warna dan cahaya tembaga. Apabila siap, kepingan tembaga hasil kraftangan dibingkaikan.

PENGGUNAAN
Ukiran tembaga selalunya digunakan sebagai hiasan seperti tulisan khat berupa ayat al-Quran yang dipamerkan di dinding-dinding dan ambang pintu masjid dan rumah. Selain itu, ukiran tembaga juga digunakan sebagai mural atau lukisan dinding untuk menghias pejabat, atau sebagai plak untuk memperingati sesuatu acara dan peristiwa.
1 comments:
assalam..w.b.t..kalau saya nk dapatkan maklumat secara detail mengenai teknik-teknik atau proses acuan tembaga terengganu..buku apa yg prlu saya cari?..help me...=)
Post a Comment