Batik merupakan salah satu warisan seni kraftangan negeri Terengganu. Saya pernah ditugaskan untuk menerbitkan video Seni Pembuatan Batik bagi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu pada 2-3 tahun lepas. Lokasi yang saya pilih ialah Pasar Payang dan WANISMA Kg Ladang, Nor Arfa Batik, Chendering. Nak terbitkan video sebenarnya perlu ada rujukan dan kajian terlebih dahulu...
Jika tuan/puan berminat dengan seni pembuatan batik, anda boleh melihat sendiri proses pembuatannya di Nor Arfa Craf Complex (NACC) atau WANISMA Batik dan Tembaga. Selain dari dua tempat tadi, anda juga boleh membelinya di Pasar Besar Kedai Payang yang sememangnya banyak pilihan. Hari ini saya nak bagi info tentang batik.
Disini saya utarakan satu artikel yang saya baca dari Blog SENI ARTizza tentang sejarah dan Proses Pembuatan Batik.
Rujukan Petikan : http://seniartizza.blogspot.com/search/label/batik
Sejarah
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Terengganu.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Rupabentuk Kain Batik Sarung
Contoh Motif Organik:
- Motif Ayam
- Motif Bunga Buluh
- Motif Bunga Kerak Nasi
- Motif Bunga Kotak Bercampur
- Motif Bunga Orkid
- Motif Bunga Raya
- Motif Daun Sireh
Contoh Motif Geometrik:
- Motif Pucuk Rebung
- Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
- Corak Berdiri
- Corak Jalur
- Corak Melintang
- Corak Menyeluruh
- Corak Menyerong
- Corak Tompok-tompok
- Corak Ulangan Batu-bata
- Corak Ulangan/Selang seli
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
- Blok Penerap
- Campuran lilin
- Kain
- Pencelup
- Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
0 comments:
Post a Comment