Tuesday, July 20, 2010

Memahami : 2 Tahun - Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan




YAB Dato’ Ahmad Said Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya semasa majlis anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat negeri Terengganu 2008 pada 26 ogos yang lalu meminta supaya anggota perkhidmatan awam merakyatkan pentadbiran kerajaan. Justeru itu konsep MERAKYATKAN PENTADBIRAN ini seharusnya difahami oleh seluruh warga perkhidmatan awam.


Bagaimana cara untuk kita merakyatkan pentadbiran. Maka kita kena kembali kepada konsep asas, apa dan mengapa kita bekerja. Samalah juga apa dan mengapa kita perlu makan?. Kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Makan makanan yang boleh mengenyangkan. Maka jika tujuan makan untuk mengenyangkan dan untuk hidup, jadi matlamat atau tujuan makan akan tercapai. Begitulah juga dalam bekerja, tujuannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Jika perkhidmatan yang kita berikan itu sampai kepada rakyat dan rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan sudah tentu konsep merakyatkan pentadbiran akan tercapai.


Sehebat manapun program yang dilaksanakan jika rakyat tidak berpuas hati tiada maknanya kepada kerajaan dan rakyat akan membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan kerajaan tersebut atau tidak. Untuk merakyatkan pentadbiran kita kena lihat sistem penyampaian dilaksanakan benar-benar berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan perlukan perubahan dalam kadar yang segera. Jangan hanya bekerja sebagai rutin sahaja. Perkhidmatan yang baik adalah berdasarkan apa yang pelanggan mahu. Bukan pada amalan terbaik dan apa yang dirasakan pelanggan perlu.Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang pantas, cekap berkesan dan mesra.Setiap kakitangan sepatutnya mempunyai perasaan seif of belonging terhadap organisasinya bagi merakyatkan pentadbiran.

Petikan dari : 

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha