Satu Pengalaman yang tidak terfikir akan dilalui di Terengganu. Sebelum ini saya pernah melawati Kolam Air Panas Poring, Ranau Sabah. Memang tidak terfikir bahawa Kolam Air Panas La Hot Spring menyamai dengan kolam air panas di luar Terengganu. Wah! airnya memang panas, khusunya di Kolam utama. Kami sekeluarga merasakan berbaloi walaupun jaraknya agak jauh dari Kuala Terengganu. Jaraknya dari Kuala Terengganu adalah 140km. Terletak di Daerah Besut, Terengganu.
Tidak sangka bahawa disini terdapat kemudahan rumah penginapan yang berpatutan. Bayaran Penginapan adalah mengikut jenis rumah. Bayaran adalah sekitar RM70 - RM90 semalam. Semua pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 bagi sebuah kenderaan dan tiada cas bagi perseorangan.
Punca air panas ini adalah air mata air. Terdapat 4 tempat bagi menikmati air panas. Anda boleh memilih untuk berendam dalam kolam / takungan atau mandi di aliran air yang bercampur dengan air sungai. Selain dari itu terdapat 2 kolam takungan air panas iaitu kolam 2 atau kolam utama. Kolam utama merupakan kolam yang mempunyai tahap kepanasan air yang paling tinggi dan boleh mencecah sehingga 100 darjah celcius.
Selain dari penginapan, kemudahan surau serta kemudahan makan dan minum juga disediakan berdekatan dengan kolam air panas.
Kedudukan : Dari Bandar Kuala Terengganu = 140 KM
Tarikan Berdekatan : Lata TembakahPengangkutan : Kereta, Teksi
Maklumat Lanjut : Urusetia :
No Telefon : Related Articles :
0 comments:
Post a Comment