Kebiasaan apabila anak-anak boring kat rumah. Cadangan mutamad 'berkelah di Batu Burok'. Sememangnya ianya adalah tempat kegemaran kami sekeluaraga untuk berkelah dan bermain wau. Kadang kala jika ada perkhidmatan untuk menunggang kuda, Luqman dan Lutfi tidak akan melepaskan peluang untuk menunggangnya.
Kami sekeluarga walaupun orang Kuala Terengganu namun pernah beberapa kali berbuka puasa di Batu Burok. Dengan beralaskan tikar plastik, kami akan berbuka puasa secara bersahaja, makan sebagaiman hari biasa. Kebiasaanya keadaan di Pantai Batu Burok akan penuh dengan keluarga yang sedang berbuka puasa. Solat magrib, mudah. Masjid Ladang adalah masjid yang berdekatan dengan Pantai Batu Burok.
HOTEL : Hotel Primula, Batu Burok Beach Resort
SHOPPING : ASTAKA
0 comments:
Post a Comment