Saturday, June 19, 2010

Pembuatan Dodol Daun Palas



Dodol Daun Palas merupakan Perusahaan Tradisi penduduk kampung Batangan Marang. Ianya sangat berlainan berbanding dengan dodol-dodol lain yang ada di pasaran. Ini kerana setiap dodol  yang di keluarkan akan dibalut menggunakan daun palas. Penggunaan daun palas akan menjadikan dodol tersebut lebih sedap baunya.

Kami sekeluarga amat mengemari dodol ini berbanding dengan dodol lain yang dibungkus dengan bungkusan plastik. Hari ini kami cuba ke Kampung Batangan bagi melihat sendiri perusahaan membuat dodol daun palas ini. Untuk makluman semua, terdapat banyak tempat yang membuat dodol dikampung ini. Dodol yang dihasilkan tiada berjenama, cuma  apa yang membezakan dodol ini ialah rasanya dan warna plastik setiap bungkusan besar.

Satu bungkusan dodol daun palas ini adalah RM7 bagi 50 unit dodol palas. Kebiasaannya di warung luar menjual dodol ini dengan harga 20 - 30 sen satu. Keluarga En Muhammad bin Abdullah merupakan salah pengusaha dodol palas ini. Menurut beliau tempoh dodol ini dimasak biasanya memakan masa selama 9 jam. Lama jugak ye! Proses pembungkusannya juga nampak rumit. Baik beli jer dari buat sendiri... cerewet. 1 kuali besar boleh menghasilkan kira-kira 5000 unit bungkusan dodol daun palas.


Pembungkusan Dodol daun palas

Dodol dipotong kepada saiz yang kecil sebelum dibungkuskan


Rupa dodol dalam  bungkusan daun palas

Bungkusan Besar. Harga RM7 X 50 unit





Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha