Wednesday, June 9, 2010

Taman Tamadun Islam




Taman Tamadun Islam (TTI) adalah merupakan taman tema berkonsepkan infomasi dan hiburan yang menengahkan keunggulan seni bina tamadun Islam dari seluruh pelosok negara. Keunggulan seni tamadun Islam sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Terletak di Pulau Wan Man, yang asalnya merupakan kawasan hutan nipah. Keluasaan TTI adalah 23 hektar. Ianya terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Tarikan utama Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang diperbuat dari kristal kaca dan besi. TTI telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.





Keluasan                    :  22.3 hektar
Tempoh Pembinaan    :  ± 3 tahun

Mula Dibuka              :  3 Februari 2008
Kos Pembinaan          :  RM 249.3 juta (sekitar AS$ 77.2 juta).



Jarak dari Bandar Kuala Terengganu  : 4 kilometer
Tarikan Berdekatan : Muzium Negeri Terengganu, Keropok Losong, Pasar Chabang Tiga
Pengangkutan : Bas Cas Ligas, Teksi
Laman Web : http://www.tti.com.my/
No Perhubungan : Tel: +609 627 8888 Faks: +609 630 9020



Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha