Tuesday, June 15, 2010

Masjid Zainal Abidin Lebih dikenali sebagai Masjid Putih





Masjid Abidin yang juga dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh telah dibina antara tahun 1793-1808 Masihi oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 11.

Rumah suci bersejarah ini tersergam indah di atas sebidang tanah seluas 0.548 hektar (1.354 ekar ) di Kampung Masjid, Kuala Terengganu. Bangunan asalnya diperbuat daripada kayu.Bagaimanapun bangunan asal ini telah mengalami banyak perubahan dari segi struktur fizikalnya ekoran peredaran masa dan keperluan semasa.Di bawah pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar ( Marhum Baginda ) kira-kira tahun 1852 bangunan kayu itu telah diganti dengan bangunan baru yang diperbuat daripada batu.

Pada tahun 1901 Masihi semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 111, masjid ini sekali lagi mengalami pengubahsuaian. Bangunan yang diperbesarkan bagi menampung jemaah yang kian bertambah. Pembesaran ini melibatkan kerja-kerja pemasangan tiang-tiang di ruangan tengah bahagian dalam dinding, dinding tembok simen, sutuh serta tiga buah menara.

Pada tahun 1972, Sultan Terengganu ketika itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah memerintahkan supaya masjid itu diperbesarkan sekali ganda lagi. Pembesaran ini membolehkan masjid ini menampung sejumlah 2,500 jemaah pada setiap masa. Serentak itu sebuah menara tinggi telah didirikan dan turut sama dibina ialah beberapa buah kubah di atas sutuh bangunan tersebut.

Masjid ini telah di naiktaraf dari segi kemudahan dan hiasan dalaman pada tahun 2007.





Gambar Masjid Zainal Abidin pada masa sekarang.






Nama Lain Masjid ini : Masjid Putih
Pembinaan : Telah dibina antara tahun 1793-1808 Masihi oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 11






Kedudukan : Dalam bandar Kuala Terengganu, berhampiran Stesen Bus Besar
Tarikan Berdekatan : Pasar Kedai Payang, Pusat Perniagaan Paya Keladi, Mydin Store
Makanan : Safinaz Nasi Padang, Warung Berdekatan Pasar Kedai Payang
Penginapan : Hotel Yen Tin- Mid Town, Hotel Kenanga, Sie View Hotel




>

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha