Tuesday, June 22, 2010

Terengganu International Endurance Park, Setiu (Kuda Sokmo)



Salah satu tempat pertandingan 'endurance menunggang kuda' yang diakui bertaraf dunia ialah Terengganu International Endurance Park.(TIEP). Terletak di daerah Lembah Bidong, Setiu - sentiasa menjadi event pertandingan sukan kuda lasak di peringkat kebangsaan dan dunia. Jarak dari Kuala Terengganu ke TIEP ialah lebih kurang 40km.

Untuk makluman semua, TIEP adalah idea Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda sangat meminati sukan berkuda ini. Salah satu kejohanan kuda lasak ialah Cabaran Kuda Lasak Terengganu - Piala Sultan yang telah bermula sejak tahun 2004. Pada tahun 2008 ianya telah menjadi tempat berlangsungnya Kejohananan Kuda Lasak Sedunia yang mana melibatkan 21 buah negara dan 15 orang penunggang tempatan. Baginda - Yang Dipertuan Agung turut menyertai pertandingan ini yang mana pertandingan ini telah diiktiraf bertaraf dunia.

TIEP merupakan satu pusat sukan berkuda yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan Klinik Kuda yang di anggap sebagai klinik kuda pertama di Pantai Timur yang lengkap dengan kemudahan ultra sound dan pengambilan darah kuda. Selain dari itu ianya juga dilengkapi dengan kemudahan chalet VIP.

Anda mungkin terpesona apabila melihat pokok berbentuk kuda di bahagian tepi pintu gerbang yang berbentuk ladam kuda. Jika anda dalam perjalanan ke Kelantan dan melalui jalan Lembah Bidong ini, cubalah berhenti dan melawat didalamnya.
















Jarak antara Kuala Terengganu : 40 km
Masa Perkhidmatan Klinik Kuda : Jummat - Sabtu (9.00 - 5.00)
Tarikan Berdekatan : Pantai Merang
Kemudahan Penginapan : Suria Merang Resort, Sutra Beach and Spa Resort
Makan Minum : Kedai Sepanjang Jalan termasuk Gerai Ikan Celup Tepung.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami dan Sokonglah Blog ini...

Kemudahaan Maklumat Di Blog Truly Terengganu

:: Blog ini menyediakaan kemudaan Direktori setiap daerah bagi kemudahaan penginapan dan makan minum
:: 95 % Maklumat Perlancongan dan tempat adalah hasil dari lawatan penulis blog sendiri
:: Terdapat Kalender Pelancongan bagi memudahkan Pelawat membuat perancangan pelancongan
:: Ada kemudahaan akses maklumat tempat yang menarik bagi setiap daerah melalui akses 'Menarik di Daerah ..'
:: Peta Interktif Pelancongan Bagi semua Tempat Popular di Terengganu(Iksan Tourism Terenggganu)
 
Sumber Peta : Tourism Terengganu


Truly Terengganu Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha